BREAKING NEWS

Presiden Gerakan mahu pemimpin negara fokus isu rakyat, bukannya isu dalaman parti.


Tak senang agaknya melihat pemimpin lain dok menghentam dan mengulas mengenai pemecatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mula bersuara.

Mungkin dirinya sudah bosan dengan cerita-cerita Mukhriz dan Muhyiddin atau mungkin juga Mah Siew ni ada hubungan kot dengan dua orang penyangak ni... Sebab tu panas je kalau dengan pasal dua orang pengkhianat tu. Hmmmm mungkin la.

Oleh disebabkan sakit telinga dengan berita membosankan tu Mah Siew menasihati para pemimpin supaya lebih baik memberi fokus kepada isu negara terutama sekali ketika negara hebat menghadapi cabaran politik dan ekonomi global semasa.

Mah Siew ni siap bagi ceramah percuma lagi untuk para pemimpin... Katanya elok kalau pemimpin politik di negara ini menumpukan perhatian kepada mencari idea untuk menyelesaikan isu rakyat di peringkat lapangan dan mengetepikan perbezaan politik yang wujud antara sesama mereka.

"Dunia sedang menghadapi keadaan tidak menentu, tindakan United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah mengejutkan pasaran global.

“Hanya melalui kerjasama antara kita (rakyat Malaysia), barulah kita dapat mengatasi sebarang cabaran dalam tempoh yang tidak menentu ini," katanya.

Namun begitu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tetap yakin bahawa  kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini sebagi kayu penanda rakyat masih yakin dan tetap menyokong BN.

Berbekalkan kepimpinan sedia ada pastinya mampu untuk membawa negara kepada perubahan dan setiap program transformasi kerajaan pasti akan berjaya membawa nafas baru kepada rakyat.

"Mereka yang ditemui semasa pilihan raya kecil itu memberitahu saya bahawa mereka sudah jemu dengan mainan politik yang tidak berkesudahan dan sebaliknya lebih berminat untuk bercakap tentang isu yang mereka hadapi.

"Langkah yang perlu diambil ialah mengadakan perbincangan untuk mencari penyelesaian bagi masalah kita dan itulah yang akan menjadi fokus kami mulai sekarang," katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online