BREAKING NEWS

Pembangkang terdesak salahkan pengundi selepas kalah PRK.. - Reezal Merican


Macam ni la pembangkang dah kalah dalam PRK nak salahkan rakyat pulak, kononnya rakyat tidak bijak menilai dan memilih parti yang betul semasa PRK parliman Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebab tu..pembangkang masih lagi dikalahkan dengan BN.

Boleh jadi, rakyat sudah mengkaji dan melihat secara terperinci semua parti yang bertanding, jadi pilihan rakyat adalah dengan memilih BN. Tapi pembangkang  mula  meroyan apabila rakyat tetap mempercayai calon BN dan memilih sebagai ahli Parlimen.

Politik tidak matang pembangkang menjadikan rakyat mangsa tuduhan kepada kekalahan pembangkang. DS Reezal Merican Naina Merican turut menyelar tindakan tersebut kerana tidak beradab menyalahkan rakyat dan mengecilkan kebijaksanaan mereka.

Rasanya pembangkang ni ingat rakyat bodoh tak tahu nak menilai parti mana yang boleh dipercayai, kalau nak suruh rakyat pilih pembangkang boleh ke mereka lakukan transformasi kepada rakyat dari segi infrastruktur dan sebagainya. Jangan pembangkang ingat dengan adanya Mahathir rakyat terus termakan dedaknya.

"Justeru, pendekatan menyalahkan pengundi adalah langkah yang sangat terdesak dan kurang matang. Keputusan pilihan raya, baik di peringkat mana sekalipun, menjadi cerminan kepada 'kepercayaan politik' rakyat kepada pasukan kepimpinan dan kerajaan sedia ada ", katanya

Sepatutnya pembangkang ambil la...iktibar dari kekalahan, ini nak salahkan BN, cakap bagi kebendaan dan wang untuk menagih undi rakyat, sekarang tuduh rakyat bodoh buat pilihan pulak. Habis tu pembangkang tu pandai sangat ke ?? kalau dah rasa pembangkang cerdik pandai tak mungkin la kalah dengan BN.

Cukup-cukup la dengan semua ni, dah boleh 'muntah hijau' dengar agenda politik pembangkang. Terima jela rakyat memang sudah mula nampak kekuatan BN dan tidak mahu bersama pembangkang yang tiada arah tuju untuk memajukan rakyat dan negara.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online