BREAKING NEWS

Ikhlaskah PAN berterima kasih pada Mahathir?


PAN sangat menghargai jasa Mahathir kononnya Mahathir membawa satu politik baru untuk 'selamatkan Malaysia', Datuk Mujahid Yusof Rawa juga menegaskan Mahathir bukan memperjuangkan politik kepartian malah lebih kepada politik kenegaraan.

“Tun Mahathir tidak berkempen untuk menangkan Umno-BN atau Amanah-Pakatan Harapan tetapi beliau berkempen untuk 'Selamatkan Malaysia' yang kami komited untuk lakukan dalam manifesto PRK kami '', katanya

Nampaknya, sekarang PAN ni puji Mahathir setinggi langit. Mungkin sebab PRK lepas Mahathir datang untuk membantu mereka berkempen. Tapi tindakan Mahathir berkempen bersama pembangkang memang jelas berunsurkan politik kepartian.

“Saya bagi pihak seluruh jentera Amanah amat menghargai usaha Tun Mahathir dan isteri serta pasukan Deklarasi Rakyat yang berganding bahu bersama untuk Selamatkan Malaysia dalam kempen PRK baru-baru ini. Terima kasih Tun Mahathir!” katanya

Malangnya, agenda peribadi Mahathir tidak jelas di mata PAN atau ini hanya untuk membela Mahathir kerana telah menjadi salah satu sekutu mereka. PAN masih mengangap Mahathir sebagai hero mereka sedangkan Mahathir hanya pergunakan puak pembangkang untuk melunaskan dendamnya bagi menjatuhkan DS Najib.

Dalam pada itu, rakyat telah tahu agenda peribadi Mahathir. Sebab tu..sokongan untuk PAN meraih undi tidak hanya dengan mengunakan nama Mahathir sebaliknya PAN mendapat sokongan yang kuat daripa DAP. Mungkin juga sekarang PAN sudah menjadi kuda tunggangan bagi DAP dan Mahathir.

Mungkin juga, PAN tidak perlu menyokong Deklarasi Rakyat untuk menghargai Mahathir sedangkan semua sudah jelas Mahathir hanya gunakan PAN sebab tu Mahathir sanggup turun berkempen walaupun di cemuh pelbagai pihak demi membunuh Najib.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online