BREAKING NEWS

Haron Din anggap Mahathir dan DAP sebagai musuh Islam?


Tidak dinafikan.... Semenjak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjalinkan kerjasama bersama Pakatan harapan. Makin bertambah pulak musuh-musuhnya... makin lanjut usik makin taksub pulak Mahathir dok kumpul musuh.

Sebelum ini bertubi-tubi anggota parti  dan pemimpin UMNO dok menyerang Mahathir... Kini tiba giliran parti Pas pula menyerangnya. Nampaknya pemimpin tertinggi Pas tidak puas hati kerana Mahathir menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru lepas.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberitahu bahawa mantan perdana menteri itu telah bersekongkol dengan musuh ketat Islam, iaitu DAP. Macam la Mahathir tak tahu yang DAP tu bencikan Islam tapi tergamaknya Mahathir jalinkan kerjasama dengan dorang.

“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.

“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” kata Haron.

Mahathir bukan sahaja dicemuh Haron, tetapi dia juga dibenci oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz. Macam-maca sindiran dan kritikan yang dilemparkan, antaranya insaflah dan kembali ke tikar sejadah.

Mahathir sanggup mengkhianati parti UMNO dan orang Melayu apabila dia memilih untuk menyokong Pakatan harapan dan calon Amanah setelah keinginannya bagi menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak gagal membuahkan hasil.

“Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah.

“Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut,” katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online