Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Lepas Mahathir.., Sapa taja Muhyidin dan Umno Cheras di Berjaya Times Square??
Comments : 12
Tindakan Tan Sri Muhyiddin semalam bercakap di hadapan media tentang perkara perkara yang sudah dijawab dan diputuskan oleh MT mengundang persepsi yang semakin tidak baik kepada UMNO dan BN.
Sebagai seorang Timbalan dan orang nombor dua, tidak patut Muhyiddin bercakap begitu. Nampak seperti tidak serik. Tan Sri Muhyiddin ulangi cakap benda sama di Janda Baik dalam kursus tertutup UMNO beberapa bulan lepas. Macam lah UMNO ini tidak pernah bermesyuarat langsung mengenai isu negara dan 1MDB.
Muhyiddin seolah sengaja bercakap sekali lagi di bahagian yang ramai orang tahu sudah kalah iaitu Cheras. Bercakap pula di atas rostrum yang ditaja Berjaya Times Square, tempat di mana beberapa hari lepas diadakan satu majlis hari jadi untuk Tun Mahathir.
Vincent taja mesyuarat UMNO Cheras?
Patutlah Tun M berani bergambar secara terbuka di depan wanita bertanduk syaitan, Alice In Wonderland dan Frozen. Rupanya sudah ada penyelamat yang akan memadamkan dosa dosa Tun M itu di tempat yang sama juga.
Apakah ini secara kebetulan? Muhyiddin dijemput ke mesyuarat UMNO Cheras, bercakap hentam 1MDB dan kritik 1MDB secara terbuka dengan majlis hari jadi Tun Mahathir serta tempat Vincent Tan iaitu Berjaya Times Square.
Cepat benar mesyuarat UMNO Cheras dirancang dan diadakan. Ada komplot berlaku di Berjaya Times Square? Muhyiddin tidak patut cakap perkara yang sudah diputuskan dalam MT. Tangkapan demi tangkapan sudah pun dilakukan berkaitan dalang yang mahu jatuhkan negara menerusi blackmail 1MDB.
Audit Negara dan PAC sudah pun dalam proses melakukan siasatan. Laporan awal audit sudah pun nyatakan bahawa tiada perkara yang mencurigakan dalam 1MDB. Jadi apa lagi yang Tan Sri Muhyiddin cuba hendak pertikaikan?
Sebagai orang nombor dua, sewajarnya kalau tidak mahu kalah pilihan raya, Muhyiddin perlu membantu orang nombor satu untuk bersama sama menang pilihan raya. Dato Sri Najib seorang yang baik pada kawan dan orang nombor duanya.
Tidak seperti Mahathir. Menangguhkan proses pemilihan UMNO sebenarnya telah menyelamatkan Muhyiddin daripada dilawan dan dilanggar oleh lawan yang lebih kuat dan berpengaruh.
Patut orang nombor dua berterima kashlah kepada orang nombor satu. Kalau Muhyiddin jadi orang nombor dua pada zaman Mahathir dan bercakap sedemikian secara terbuka dalam mesyuarat UMNO Bahagian, sudah pasti hayat Muhyiddin sebagai Timbalan sudah lama habis.
Sama ada dipecat dan disingkir terus dari UMNO. Namun Dato Sri Najib tidak begitu, beliau seorang yang baik pada sahabatnya.
Sebenarnya Muhyiddin telah khinati kawan dan rakan rakan lain dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet Malaysia. Jika Kabinet Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional hari ini mahu menang pada PRU14, rasanya Muhyiddin perlu digugurkan sebagai TPM.
Beliau sendiri tidak yakin untuk menang pilihan raya, bagaimana hendak berperang jika orang nombor dua sendiri tidak yakin pada pasukannya untuk menang. Majlis Tertinggi UMNO juga perlu buat keputusan segera.
Tidak boleh membiarkan orang nombor dua terus menerus bercakap atas kepuasan peribadi di hadapan orang UMNO dan orang ramai. Yang akhirnya akan memberi imej negatif pada UMNO. Majlis Tertinggi UMNO perlu buat satu mesyuarat khas untuk putuskan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Apakah semua ini berlaku kerana adanya Komplot Berjaya Times Square?
-Sumber MalaysiaRespon
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
bagus jugaklah apa yg berlaku....dapat jugak no 1 menilai mana sokongan palsu dan mana sokongan tulin....apa-apa yang berlaku bagus sebenarnya.....itulah kuasa ALLAH....munajat Najib kat kaabah masa umrah dulu dah menampakan hasil...satu demi satu topeng terbuka...tanpa diacah....baguslah.senang untuk menilai.
BalasPadamWa sependapt lu bro... sungguh jelas dibuka satu persatu... tsunami cina... pemain belakng umno.. pengasingan dua jenis golongan dlm pas... kejahatan demi kejahatan pkr dap...
PadamSaya sekarang memang hot pada PM Najib, walau pun dia baik.Saya hot kerana kebaikan nya itu lah.Kalau saya sebagai panglima Bugis dan orang no 1,saya dah 'benam mata keris saya kedada musuh saya,sebelum musuh saya menikam saya.Tak kira tua atau muda,no 2 atau yg dah pencen,kasi 'mampus' saja.Yg dah tua tu buka saja siasatan salah laku masa lampaunya,berlambak boleh di gali,sure jumpa taiknya di sana sini.Yg no 2, cakap je sekali lagi'kalau tak bersetuju boleh letak jawatan'.
BalasPadamsetuju dgn kata anda. Dari dulu den tak goma dgn TPM. Mahathir lebih-lebih lagi benci. siapa silap cakap semua kena pecat. Tak ada siapa boleh tegur mahathir. Esei masih tertanya tanya macam no anak ei boleh jadi blillionaire. kalau tak do bapak ei entah entah jadi manager kilang buat mangkok jamban macam adik ei. dia tak mintak ampun ke bila pergi naik haji tikam pak lah dari belakang. Insyaallah kalau Najib berusaha kerana Allah swt, beliau akan di lindungi. Kalau muhyidin berusaha kerana nak jadi pm, nauzubillah, tersungkur lah dia kelak
PadamX silap saya Tun ada kata yg Najib patut pecat Muhyidin x berapa lama dahulu tapi Muhyidin x faham kot so dia terus sokong Tun walaupun sarat dengan fitnah sarawak repot, the edge, Justo dan yg sewaktu dengannya. Kah, kah kah mcm dah kena beli........ Adakah ini semua permainan tokey judi?. Muga Allah lindungi orang yg benar.
BalasPadamia....kadang-kadang geram dgn kebaikkan hatinya.....dalam ia diserang kiri kanan oleh mantan dan sekutunya,...boleh pulak dia arahkan penyokongnya jangan hentam mantan tu....haihh ..keliru betul...terlalu baik pada zaman ni sebenarnya boleh memakan diri....mintak-mintaklah pm berubah 360 darjah....bior ternganga semua...
BalasPadamBahaya juga tpm dah tm ni dah mula rapat dgn pokpek. Takut terhutang budi nanti tergadai negeri. Inlaw dia pun pokpek juga kena hati hati takut kaum pokpek ni yang handle dia nanti dalam urusan negara.
BalasPadamKami tidak suruh Najib ainaya Mahathir tapi cuma penjarakan dia terhadap kesalahan yang telah dilakukannya. Tak berdosa menghukum orang yang bersalah. Banyak laporan polis sudah dibuat oleh Tunku Abdul Aziz. Bila nak ambil tindakan terhadap orang tua celaka tu?
BalasPadamBaru kita sedaq PERANCANGAN amat LICIK keturunan PENGKHIANAT tu nak MENGUASAI UMNO dan K'jaan melalui Kedah! Mcm. Kedah tu bapak dia punya!
BalasPadamDan ingat tak PEMBUNUHAN KEJAM dlm peristiwa Memali tu - BUKA balik kes ni! Mungkin agaknya anak beranak PENGKHIANAT ni akan nak TUTUP mulut MEDIA!
Nek Tempoyak.
Hang jgn dok merepek lah nek tempoyak...bg ulasan cincai je
Padamrelaks ....relaks .....ni semua salah anwar ....confirm nanti semua masalah umno ni settle ...anwar akan dipersalahkan ...kah kah kah kah
BalasPadamSuku sakatt menantu dia kot apek tu. Jangan janfan apek ni dah mula jalankan jarum. Malaysia dalam bahaya twrutama melayu jika tpm jadi pm. Sebabnya dia dah bersekutu dengan apek apek. Minta jauh dan simpangkan. Ya allah kau selamatkan negara ku dari musuuh musuh ni.
BalasPadam