BREAKING NEWS

Jamban cangkung punca Anwar menderita dalam penjara..


Tahap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin teruk dan amat membimbangkan, menurut pasukan peguam antarabangsa yang mendakwa bekas ketua pembangkang itu dinafikan akses kepada rawatan yang amat diperlukan beliau.

Mereka menyarankan Anwar segera dipindahkan segera ke tahanan kediaman supaya beliau boleh dibenarkan menemui doktornya sendiri bagi mendapatkan rawatan perubatan, kata peguamnya Sivarasa Rasiah dalam satu kenyataan hari ini.

"Kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar berterusan.

"Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, yang diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan pada kala beliau ditahan dengan salah," katanya.

Naib presiden PKR itu turut menceritakan keadaan Anwar di penjara dengan mengatakan Anwar berada dalam keadaan teruk di selnya yang menjadi salah satu punca kesihatannya makin merosot.

"Beliau ditempatkan dalam kurungan bersendirian dalam satu sel kosong dengan baldi untuk mandi, tandas cangkung dan dalam keadaan panas dan lembap dengan pengudaraan minimum yang memburukkan lagi masalah-masalah kesihatan beliau.

"Tambahan pula, beliau jarang dibenarkan bertemu keluarga dipenjara walaupun doktor mengesyorkan beliau dibenarkan bertemu keluarga setiap minggu. Pertemuan dengan para peguam juga sering kali dinafikan," katanya.

Kenyataan itu turut ditandatangani Jared Genser, peguam dan pengasas Freedom Now, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pembebasan tahanan politik seluruh dunia.



p/s: Dia buat lagiiiii... Tak tau lah wayang apa pulak yang Bang Non cuba buat kali ni.. Katanya Bang Non dah kurus kering tinggal tulang sejak masuk dalam penjara.. Tak lalu makan sebab berjauhan dengn anak bini kononnn...

Lepas tu, Bang Non mengadu sakit dia makin kronik sebab kena berak mencangkung.. Bang Non selama ni tak pernah berak cangkung beb.. Bang Non berak duduk sambil baca paper je..

1 ulasan :

  1. Ala ciannya, lain kali sula lagi bontot jambu.. inilah balasan didunia, mati nanti tak tahu lagi.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online