Kunjungan Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menziarahi keluarga Allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman mereka di Pulau Melaka di Kota Bharu petang semalam mendapat kutukan dari penyokong Pakatan di media sosial.
Mereka mempersoalkan mengapa tudung isteri Perdana Menteri tidak menutup keseluruhan rambut beliau dan mengapa DS Rosmah tidak bertudung dengan sempurna ketika melawat keluarga Allahyarham Nik Aziz.
Individu yang menamakan dirinya sebagai Vled Faqih didalam satu komen Facebook menyifatkan rambut Isteri Perdana Menteri terlalu besar untuk ditutup dengan tudung yang sempurna. Komen tersebut dijadikan bahan lawak oleh lain-lain penyokong Pakatan Rakyat.
Manakala individu yang menggunakan nama Adila Suriani pula menyindir DS Rosmah dengan mengaitkan beliau bersama beg berjenama mewah. "Kak Mah, belanja saya beg LV satu.." ujarnya didalam satu komen lain.
Bagaimanapun rata-rata pelayar Facebook menyifatkan tindakan isteri Perdana Menteri yang dengan rendah hati menziarahi keluarga Mursyidul Am PAS tersebut adalah sangat baik dan perlu diberikan pujian.
DS Rosmah Mansor menziarahi keluarga tersebut pada 3.10 petang kelmarin sambil turut diiringi oleh Yang Dipertua Pandu Puteri Perak Raja Puan Besar Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.
Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, 67.
Beliau juga turut berkongsi petua dengan Tuan Sabariah setelah melihat isteri Allahyarham itu tidak berapa sihat.
"Saya datang sebagai isteri dan juga seorang muslimat, saya telah menasihatkan beliau supaya menjaga diri dan banyakkan berehat, kebetulan dia tidak ada suara.
"Saya turut berkongsi petua untuk mengembalikan suara iaitu dengan merebus selama tiga hingga empat jam daun pudina dan minum supaya rasa sejuk dan kahak keluar, saya doakan Datin sentiasa sihat dan reda di atas pemergian suami," katanya.
Mereka mempersoalkan mengapa tudung isteri Perdana Menteri tidak menutup keseluruhan rambut beliau dan mengapa DS Rosmah tidak bertudung dengan sempurna ketika melawat keluarga Allahyarham Nik Aziz.
Individu yang menamakan dirinya sebagai Vled Faqih didalam satu komen Facebook menyifatkan rambut Isteri Perdana Menteri terlalu besar untuk ditutup dengan tudung yang sempurna. Komen tersebut dijadikan bahan lawak oleh lain-lain penyokong Pakatan Rakyat.
Manakala individu yang menggunakan nama Adila Suriani pula menyindir DS Rosmah dengan mengaitkan beliau bersama beg berjenama mewah. "Kak Mah, belanja saya beg LV satu.." ujarnya didalam satu komen lain.
DS Rosmah Mansor menziarahi keluarga tersebut pada 3.10 petang kelmarin sambil turut diiringi oleh Yang Dipertua Pandu Puteri Perak Raja Puan Besar Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.
Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, 67.
Beliau juga turut berkongsi petua dengan Tuan Sabariah setelah melihat isteri Allahyarham itu tidak berapa sihat.
"Saya datang sebagai isteri dan juga seorang muslimat, saya telah menasihatkan beliau supaya menjaga diri dan banyakkan berehat, kebetulan dia tidak ada suara.
"Saya turut berkongsi petua untuk mengembalikan suara iaitu dengan merebus selama tiga hingga empat jam daun pudina dan minum supaya rasa sejuk dan kahak keluar, saya doakan Datin sentiasa sihat dan reda di atas pemergian suami," katanya.
rocky the great brown unused dick says: Datin Seri, bila nak lawat aku? aku kentut tak lepas nih... sakit wooo
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga segala usaha murni Datin Seri Rosmah d berkati dan d rahmati Allah. Kpd Tuan Sabariah dan seluruh keluarga, saya doakan moga tabah menghadapi dugaan Allah ini. Usahlah kita mencerca sesama Islam. Apa dosa Datin Seri Rosmah dgn kamu? Sedar lah bahawa diri kita pun bukannya 100% sempurna. Bertaubat lah. Ampunkan kami Ya Allah.
BalasPadamAmeen.
BalasPadamMulianya hati Rosmah walaupun tahu dia dibenci.
Semoga Allah berikan beliau hidayah untuk menutup aurat sempurna krn Allah.
Dan jadikan dia lebih baik dr macai2 pengutuk..
Hidayah milik Allah.. sesiapa shj Allah boleh terbalikan dr Hidayah..
Allahu Akbar!
Aku akuai manusia yang sering menghina dan mengutuk orang lain itu adalah manusia yang lebih hina dari orang yang mereka hina dan kutuk.
BalasPadamAllah swt sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Besar. Jangan suka-suka jerit Takbirrr jika tidak memuliakannya. Lihatlah dalam diri sendiri betapa hancing dan pekongnya jiwa dihadapan Allah Azawaj'jalla.