BREAKING NEWS

MCA dan Gerakan lebih teruk dari DAP!!!


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini turut sama mengecam sikap peniaga yang menaikkan harga barangan walaupun harga minyak sudah diturunkan oleh kerajaan.

Khairy dilihat bersama-sama dengan Menteri Perindustrian dan Asas Tani, DS Ismail Sabri Yaakob yang baru-baru ini mengecam peniaga cina yang enggan menurunkan harga barang runcit.

Khairy juga menggesa para pengguna di Malaysia agar memulaukan peniaga yang masih berdegil mencekik darah pengguna. Didalam laman sosial Facebooknya, Khairy mahu pengguna melaporkan kepada KPDNKK jika ada peniaga yang bersikap sedemikian.

Sebelum ini, DS Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan agar pengguna memulaukan peniaga-peniaga khususnya peniaga cina yang menaikkan harga barangan runcit.

Kenyataan Ismail Sabri tersebut bagaimanapun mendapat kecaman hebat dari MCA dan juga Gerakan yang mendakwa ianya adalah perkauman.

Malah ada diantara pemimpin MCA yang mahukan Ismail Sabri meletakkan jawatan sebagai Menteri di kabinet BN kerana disifatkan tidak tahu menjaga sensitiviti kaum di Malaysia.

Yang menghairankan, MCA dan Gerakan tidak pula mahu bersuara jika DAP dan Pakatan bersikap rasis didalam menghentam polisi serta pentadbiran kerajaan. Apakah MCA dan Gerakan menyangka mereka layak untuk bersuara lagi setelah kalah besar di PRU ke 13 lalu?

Jika beginilah sikap MCA dan Gerakan yang hanya tahu menghentam pemimpin sendiri, rakyat kini melihat MCA dan juga Gerakan sebagai lebih teruk dan perkauman dari DAP dan Pakatan.

Mungkin sudah sampai masanya MCA dan Gerakan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai DAP dan Pakatan. MCA dan Gerakan lebih layak bersama kumpulan berhaluan kiri jika mereka hanya tahu bersikap perkauman walaupun ia terbukti merosakkan kesejahteraan di Malaysia.

4 ulasan :

  1. SOLIDARITI untuk Datuk Seri Ismail Sabri.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam
  2. raya cina ni abg ah jib gor akan bagi lagi peruntukkn besar besaran pada kaum cina slps sokongan 97% pada pakatan rakyat pd pru 13..

    BalasPadam
  3. Baling batu sembunyi tangan ...
    Dia yang buat dan dia tuduh orang lain yang buat ...
    Dia yang rasis dan dia tuduh orang lain yang rasisi ...
    Dia ada kuasa mengubah tapi dia tuduh orang lain yang kuasa mengubah ...
    Apa-apa pun munafikun tetap munafikun tanpa lihat kulit keturunannya.
    UMNO tidak rasis ...
    MCA tidak rasis ...
    MIC tidak rasis ...
    GERAKAN rasis ...
    DAP rasis ...
    Betulkah rakyat begitu BODOH dan BANGANG? Lihat sekelliling, ... hang dah dapat jawapannya. Orang BODOH selalu dipermainkan orang lain walaupun orang itu sebangsa dengannya.

    BalasPadam
  4. Ahli MCA dan GERAKAN tak sokong pun BN masa pilihanraya baru2 ni, sekarang jelas Pemimpin mereka pun 2 x 5 jugak...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online