BREAKING NEWS

Gambar Sirul bersama Najib mula disebarkan oleh Geng Anwar dalam Pas.


Sekeping gambar Perdana Menteri Malaysia bersama Koperal Sirul Azhar sudah mula disebarkan didalam blog serta Facebook Pakatan Rakyat. Tujuannya apa beb? Tujuannya cuma untuk mengaitkan DS Najib Razak dengan Sirul sepertimana yang dorang buat didalam kes Saiful Bukhari Azlan dulu.

Dulu semasa kes Anwar, gerombolan macai Pakatan cuba nak tuduh kes liwat Anwar adalah merupakan konspirasi dari Najib. Untuk mengukuhkan tuduhan dan fitnah, dorang sebarkan gambar Saiful bersama tiga menteri dan pegawai Najib. Kononnya untuk membuktikan Najib rapat dengan Saiful dan menggunakan Saiful untuk perangkap Anwar.

Malangnya, rakyat tak percaya tuduhan jahat dorang kerana sebagai pembantu peribadi kepada Anwar, sudah tentu Saiful mempunyai akses besar untuk bertemu dengan Menteri-menteri tersebut di Parlimen. Dan rakyat juga tidak hairan gambar Saiful bersama pegawai khas Najib kerana alasan yang sama.

Akhirnya, Wan Azizah yang cuba menyelamatkan Anwar dengan gambar Saiful ketika itu terdiam dan termalu sendiri bila jarumnya tak jalan dan tak laku kepada rakyat. Beria-ia Wan Azizah buat sidang media, tapi akhirnya Wan Azizah akur dengan fitnah yang cuba dorang lemparkan.

Sekarang ni isu pembunuhan Altantuya Saaribuu cuba dipopularkan kembali. Yang jadi tukang karutnya kali ni adalah Pas yang diketuai oleh Mahfuz Omar. Walaupun sebelum ni Pas yang beria-ia mahu Sirul dihukum, tapi pelik betul bila kali ni Pas bukan main mahu Sirul diselamatkan. Apa motif yang Mahfuz cuba bawa?

Kalau korang ingat lagi, sebelum ni macai-macai Pas juga yang fitnah kata Rosmah yang arahkan Altantuya dibunuh. Siap dengan reka cerita kononnya Rosmah ikut sama naik bukit Puncak Alam bagi menyaksikan Altantuya diletupkan.

Tapi semua bukti dimahkamah tak menunjukkan pun Rosmah terlibat. Dan tak ada langsung motif untuk kaitkan Rosmah dengan perempuan Monggolia tu.

Kali ni regim khawarijj Pas dan gerombolan Pakatan cuba menipu rakyat lagi dengan gambar Sirul serta Najib. Korang kena ingat bahawa Sirul adalah anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Difahamkan Sirul juga pernah terlibat ketika mengepung rumah Anwar semasa tahun 1999 dulu.

Jadi tak hairan kalau anggota UTK seperti Koperal Sirul ditugaskan untuk mengawal Perdana Menteri Malaysia kemana-mana. Itu dah memang tugas dia sebagai UTK. Dan tak lah mustahil kalau ada rakyat Malaysia yang nak sangat bergambar dengan orang nombor satu negara jika ada kesempatan.

Kalau inilah modal yang regim Pas serta khawarijj Pakatan nak guna untuk jatuhkan Najib serta Kerajaan Malaysia, terbukti politik dorang memang jijik beb.. Lepas ni jangan heran kalau gambar Sirul dengan Rosmah dan gambar Sirul tengah minta restu dari Nik Aziz pun mungkin akan disebarkan.

Semuanya untuk menghalalkan fitnah puak-puak pro Anwar dalam Pas dan Pakatan bagi menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia. 

4 ulasan :

  1. Laaaa... apa yang specialnya gambar bersama PM.... Semua orang kalau ada peluang nak bergambar dengan PM... tambahan lagi si Sirul nih kerja bodyguard,.. dah semestinya dia berpeluang ambil gambar bersama PM sebagai kenang-kenangan... Apakah dengan gambar berdua ini menyatakan bahawa ada konspirasi?... kalau itulah anggapan... sangat cetek pemikiran..

    BalasPadam
  2. Gambar ini adalah biasa, PAS tidak perlulah cuba mempolitikkan hal ini. Betul apa yang dicakap oleh penulis blog, Sirul masa itu merupakan UTK dan memang tugasnya untuk mengeskort PM. Gambar kenangan biasa pun dijadikan bahan ke? Inilah dasar pembangkang yang cuba memutar-belitkan keadaan. Lebih-lebih lagi PAS.

    BalasPadam
  3. ini bukan kerja pas...tapi kerja PASMAAAA

    BalasPadam
  4. Umno ni gila kot..xtgk ke keputusan pru 13 mcm mana..paling teruk dlm sejarah umno..tu maknanya umno rakyat dah xpercaya..berckp biar la dgn fakta..gila punya umno.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online