BREAKING NEWS

Mahfuz akan buktikan Koperal Sirul tak bersalah bunuh Altantuya.




Kunjungan beberapa pemimpin Pas ke rumah keluarga Koperal Sirul Azhar Umar membuahkan hasil apabila ibu Sirul membayangkan anaknya tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Saaribuu.

Mahfuz Omar, Suhaizan Kayat, Idris Ahmad serta Salman Salleh telah berkunjung ke rumah keluarga Sirul di Changkat Jering, Bukit Gantang semalam untuk mengetahui keadaan keluarga berkenaan setelah Koperal Sirul dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah.

Sebelum ini, Pas bersama Pakatan Rakyat mendesak Sirul serta Azilah dikenakan hukuman berat diatas tuduhan membunuh Altantuya. Pas juga tidak berpuas hati apabila keputusan awal Mahkamah membebaskan kedua-dua anggota Polis berkenaan manakala pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain mengambil inisiatif mendapatkan kenyataan bapa kepada wanita Monggolia tersebut.

Dalam kunjungan itu, ibu Sirul, Piah Samat, 74 tahun menjelaskan kepada Ketua Penerangan Pas Pusat Mahfuz Omar, anaknya hanya menjalankan tugas sebagai anggota Polis sahaja. Beliau amat mengharapkan mahkamah dapat membebaskan anaknya yang dijatuhkan hukuman mati didalam kes berkenaan.

Piah Samat juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana tampil menzahirkan keprihatinan mereka terhadap isu ini dan mengharapkan parti itu terus memperjuangkan nasib anaknya yang dipercayai hanya mengikut arahan yang diberikan.

Kenyataan ibu Sirul seolah-olah beliau tahu bahawa anaknya tidak bersalah. Jika Piah Samat mengatakan anaknya hanya menjalankan tugas sebagai anggota Polis, mungkinkah Piah Samat mempunyai bukti bahawa Sirul menerima arahan dari pihak tertentu?

Pihak berkuasa harus segera menyiasat keluarga Koperal Sirul demi menjamin keadilan dijalankan sepenuhnya. Jika benar dakwaan yang dinyatakan oleh Ibu Sirul, pihak yang dikatakan memberi arahan tersebut harus dibawa kemuka pengadilan.

Jika tidak, pemimpin-pemimpin Pas terbabit harus dikenakan tindakan kerana cuba menghasut rakyat Malaysia supaya tidak mempercayai sistem keadilan didalam negara ini.

5 ulasan :

  1. Azilah &sirul didapati bersalah membunuh tak kiralah siapa yg suruh bunuh, dia diupah untuk membunuh.

    BalasPadam
  2. Sepatut nya PAS jadi peguambela Koperal Sirul masa pembicaraan dulu. PAS lebih hebat dari peguam2 yang membela Koperal Sirul.

    BalasPadam
  3. Mahfuz terlalu pandai hingga tak nampak kepandaiannya, kalau betul Sirul dianiayai saya sokong dia dibela, jangan nak politik semua hal sudah la.....

    BalasPadam
  4. aku nak termuntah tengok orang pas terlampau perihatin,wek!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. Mahpuz elok pi bela nasib anak bini Brahim Libya dan penyokong2nya yang korban ketika Tragedi Mamali. Pi cari mana duit derma jihad mangsa2 korban Memali. PAS songlap duit tu pi mana. Buat belanja hinpunan BERSIH kut.

    Baguslah! buat kerja dok cari publisiti murah macam ni.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online