BREAKING NEWS

RAHSIA SURAT MESYUARAT JAWATANKUASA PAS TERBONGKAR!!

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS semalam, diberitakan berlaku sedikit ketegangan kerana TGHA bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu TGHA mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber yang tidak mau dinamakan.

Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”

Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.

"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu.

“Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.”

"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.

13 Adun PAS Selangor bertemu TGHA dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.

Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.

Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online