BREAKING NEWS

DYANA SOFYA KALAH SEBAB MENGUNDI HARI SABTU... - KIT SIANG

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya 400 pengundi luar di kerusi Parlimen Teluk Intan pulang untuk mengundi, kerusi Parlimen itu sudah pasti menjadi milik calon mereka Dyana Sofya Mohd Daud.

Malah, ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, keputusan sudah pasti memihak kepada Dyana Sofya jika tarikh pengundian dilakukan pada hari ini (Ahad).

"Jika 400 pengundi luar atau 1% daripada 40,236 pengundi keluar mengundi di Teluk Intan, Dyana Sofya akan menjadi ahli Parlimen Teluk Intan hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Lim berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi luar tidak mempunyai masa untuk pulang ke Teluk Intan kerana ia diadakan pada Sabtu.

"Jika PRK Teluk Intan diadakan hari ini, Ahad, pengundi sudah pasti boleh pulang ke Teluk Intan untuk mengundi dan keputusannya sudah pasti berbeza.

"Kita mesti belajar daripada kesilapan kita," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada parti komponen Gerakan, Datuk Mah Siew Keong atas kemenangan beliau.

"Dyana mungkin tewas dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei, tetapi apa yang penting, kehadirannya mewakili Malaysia baru untuk memenangi perjuangan hari esok dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terhadap politik baru.

"Perjuangan mencapai impian rakyat Malaysia diteruskan bermula semalam," katanya.

5 ulasan :

  1. Banyak songeh kau bapak komunis. Dah kalah diam jerlah! Ada pernah ko dengar orang BN menghoyan kalau dah kalah!

    BalasPadam
  2. Kalau yang pulang untuk mengundi pilih BN , tak bertambah ke jumlah kemenangan BN , pas tu buat cerita lain pulak

    BalasPadam
  3. sabtu ke ahad ke itu bukan persoalan, kalah menang adat pertandingan, x payah arr jd " rumah siap pahat masih berbunyi "

    BalasPadam
  4. Komunis tua dah nak mampus nie ....xsedar2 diri...cuba la tiru orng bn yang kalau kalah redha je....banyak pula lancaunyer si komunis nie......

    BalasPadam
  5. KO kalah sebab ko usik UiTM....x sedar diri! Kenapa ko tak usik jgk SRJK(C)

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online