BREAKING NEWS

CADBURY BAKAL DIHARAMKAN DI ARAB SAUDI DAN INDONESIA.

Selepas Indonesia, giliran Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) pula menarik balik penjualan beberapa jenis coklat Cadbury di pasaran untuk ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA).

Langkah itu dibuat selepas Malaysia mendakwa, coklat terbabit mengandungi DNA babi (procine).

Timbalan Pengerusi Eksekutif bahagian Makanan SFDA, Salah Al -Maiman SFDA berkata, dua jenis coklat ditarik dari pasaran adalah Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Almond.

“Kami menarik semua produk import dari pelbagai negara dengan nombor piawaian berbeza bagi memastikan ia bebas kandungan procine.

“Produk Cadbury keluaran Malaysia tidak berdaftar dengan kami kerana kami mengimport dari Mesir dan Britain,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, SFDA mengambil langkah wajar dengan melakukan ujian terhadap sampel coklat terbabit. - Arab News.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online