BREAKING NEWS

RIBUAN RAMA-RAMA MENGIRINGI ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH.


Menurut sumber istana, jutaan rama-rama telah mendatangi istana lama yang menempatkan jenazah Almarhum sebelum kehadiran jenazah.

Sebaik jenazah tiba, jumlah rama-rama semakin meningkat sehingga dikatakan langit istana kelihatan gelap dengan rama-rama melindungi istana daripada cahaya matahari.

Malang sekali hanya satu gambar yang berjaya diperolehi. Jika ada banyak lagi gambar kejadian tersebut pastinya lebih menarik dan lebih mengagumkan.

Mungkin juga ianya adalah suatu kebetulan atau sememangnya Tuhan ingin menunjukkan kebesaranNYA terhadap Almarhum yang selama ini banyak berjasa kepada rakyat di negeri Perak. Wallahualam. 

9 ulasan :

  1. Pulak dah........
    Macam-macam unsur tahyul dimanipulasikan.
    Dulu ada satu mayat dilindungi awan sampai alor setar.
    Kini jutaan rama-rama pulak.

    Biarlah Allah yang menetapkan kita semua di Syurga.
    Jangan politikkan isu yang membenarkan bahawa sifulan ahli syurga.
    Siapakah kita yang sanggup menetapkan bahawa siDia ahli syurga,
    Berserahlah sepenuhnya kepada Allah dengan hati yang Redha hatta orang Islam atau bukan Islam, semuanya adalah Dzat Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon baca banyak kali supaya faham sebelum komen.kalau agak baca 2..3 kali x faham gak jangan la komen bagai sebab akan menampakkan & menyerlahkan ketidakbijakkan kita

      Padam
    2. Betul tu anon 1151- yang confirm dapat masuk sorga hanyalah pengundi2 PAS walaupun terang2 tolak islam. Orang UMNO tak layak sebab kafir.

      Padam
  2. Cuba baca betul2 artikel ini. Dalam artikel ni tak ada pun di sebut isu 'ahli syurga'...so, kenapa nk mention psl itu pulak. Hanya kebetulan beribu rama2 keluar menghampiri istana. Mmg ianya menunjukkan kebesaran Allah. Tiada siapa yg mempolitikkan kejadian ini. Dan memang Almarhum baginda seorang sultan yg sangat baik dn disayangi rakyat. Al-Fatihah...

    BalasPadam
  3. Kehadiran rama2 ke... dilindungi awan ke .... ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI... RAJA DAN TUHAN SEKALIAN ALAM!!

    BalasPadam
  4. Segala sesuatu yg berlaku adalah dgn izin dan kehendak Allah Yang Maha Kuasa, kita hambanya tidak akan dpt mentafsirkannya dgn tepat kecuali dgn izin Nya juga. Kita patut bersangka baik pada setiap pandangan kecuali yg terang2 kufur. Allahu'alam

    BalasPadam
  5. setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya...itu adalah salah satu pertunjuk kepada yang masih hidup..
    .

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online