Kenderaan itu menjadi sasaran menggunakan cat dengan menulis "mana hudud? di bahagian belakangnya.
Kejadian itu berlaku di hadapan Bilik Operasi Petugas PAS PAS Bukit Gantang yang menjadi tempat berkumpul jentera pilihanraya daripada kawasan itu.
Ianya disedari oleh seorang petugas yang ingin keluar memulakan tugas pilihanraya menggunakan pacuan empat roda itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, tindakan tersebut adalah amalan politik yang tidak bertamadun.
"Lawanlah dengan hujah, bukannya bertindak seperti politik zaman purba. Sekarang politik ibarat langit yang terbuka.
"Biarlah Allah membalas kerja mereka. Mungkin mereka dapat upah kenyang sampai 100 tahun," katanya kesal.
Jelas beliau, apa yang berlaku itu adalah asam garam dalam perjuangan yang perlu dilalui.
Ekoran insiden itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengharapkan petugas PAS dan Pakatan Rakyat meningkatkan tahap keselamatan terutama menghampiri hari pembuangan undi nanti.
Beliau turut mengharapkan pihak polis meningkatkan lagi keselamatan di sepanjang kempen.
"Jangan biarkan orang-orang yang tidak bertamadun ini bertindak mengikut selera masing-masing.
"Biarlah pengundi tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jangan wujudkan budaya samseng," jelasnya lagi.
sendiri conteng, kutuk org lain ... itu sajalah modal kempen pembangkang ... habis yg datang kebilik operasi tu semua utk tidur kayu ke? PAS dan fitnah berpisah tiada ...
BalasPadamabih..perbuatan tak bertamadun dan ganas sampai kereta polis pecah remuk masa kempen bersih dan reformasi tu tak pe pulak ye..dasar PAS yang sangat munafik. jijik.
BalasPadamOrang yg bertemadun dan mengamalkan ajaran islan tidak ada doa KO,
BalasPadamBanyak suspek yang mempunyai motif untuk lakukannya.... PAS,PKR,UMNO,MCA,GERAKAN,MIC dan DAP semua ada motif.... Sepatutnya perlu ada saksi baru boleh buat tuduhan.... Layakkah gelaran ustaz yang suka semborono keluarkan statement.....
BalasPadamamboi ramai nyr yg terasa pedas...huhu
BalasPadam