BREAKING NEWS

HARUN DIN BATAL NIAT LETAK JAWATAN TIMBALAN MURSYIDUL AM?

Pas kini semakin bergolak apabila terpaksa memujuk Timbalan Mursyidul Am parti tersebut agar tidak melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau sekian lama.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tampil untuk meredakan keadaan dengan kenyataan bahawa PAS Pusat menganggap berita yang mendakwa Haron Din akan melepaskan jawatan sebagai timbalan mursyidul am hanyalah khabar angin semata-mata.

Katanya, khidmat Haron Din masih diperlukan dalam perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat untuk memastikan hasrat mengambil alih pentadbiran kerajaan menerusi sistem demokrasi tercapai.

"Saya dalam Dewan Harian PAS dan tidak pernah timbul isu Haron Din mahu melepaskan jawatannya sebagai timbalan mursyidul am."Kita tahu beliau tidak sihat tetapi itu tidak bermakna sumbangan tidak boleh diberikan kepada perjuangan parti.

"Saya anggap berita yang mengatakan Haron Din akan melepaskan jawatan hanyalah khabar angin semata-mata," katanya kepada Astro AWANI.

Portal Suara TV dalam laporannya awal pagi ini memuatkan berita yang mendakwa Haron Din akan membuat pengumuman berhubung perletakkan jawatannya di dalam parti itu pada Muktamar Tahunan PAS yang dijadualkan hujung tahun ini.

Keputusan meletakkan jawatan itu dibuat ekoran masalah kesihatan yang sering dihadapi kebelakangan ini selain tidak berpuashati dengan beberapa keputusan parti kebelakangan ini.

“Setelah mengambil kira beberapa faktor seperti masalah kesihatan dan sering uzur, Tuan Guru akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan semua jawatannya di dalam parti.

“Tambahan pula, sejak kebelakangan, beliau telah beberapa kali dimasukkan ke hospital dan dinasihatkan untuk banyak berehat” kata sumber yang dipetik portal tersebut.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online