BREAKING NEWS

ANTARA TINTED CERMIN KERETA DAN PERATURAN JPJ...


Gua ada sebuah kereta buruk dan kereta gua pakai tinted murah ja sekadar memenuhi kehendak semasa serta untuk melindungi diri dan penumpang dari panas matahari dan mengelakkan kereta gua jadi akuarium..

Sebenarnya, gua tinted cermin kereta hanyalah untuk keselesaan keluarga serta penumpang kereta, bukannya bertujuan untuk tidak dikenali atau saja nak menyorok dari Polis dan JPJ.. Gua pun bukan tak hensem sangat untuk menyorok disebalik tinted gelap beb..

Dannnn..., gua juga bukannya ada rekod jenayah serta gua tak pernah disabitkan bersalah atas melanggar undang-undang negara kecuali kena saman ekor dan AES. Itupun sebab melebihi had laju yang tak sampai pun 110km/j.

Bagi gua, tinted cermin kereta ni tak perlu lah jadi isu besar sangat sampai JPJ dan Polis nak buat operasi besar-besaran macam lah tinted cermin tu membahayakan nyawa dan juga keselamatan di jalanraya.

Pada pendapat peribadi gua, peraturan cermin gelap ni dah sepatutnya dikaji semula ataupun dimansuhkan terus kerana dah tak relevan beb untuk halang rakyat guna tinted cermin sedangkan berlambak kedai yang offer pemasangannya.

Lagi satu, kalau betul lah cermin gelap ni boleh menyumbang kepada bahaya dan kemalangan di jalanraya, gua nak sangat mintak JPJ atau Polis kemukakan angka sebenar yang dikaitkan dengan kemalangan jalanraya di Malaysia.

Bagi sekali kajian yang menunjukkan bahawa dengan tidak tinted cermin kereta, kemalangan jalanraya dapat dikurangkan sekaligus dapat menyelamatkan nyawa pengguna di jalanraya ye..

Dan berkenaan alasan dari JPJ serta Polis yang mendakwa tinted cermin gelap akan menimbulkan keraguan sama ada kenderaan tersebut mungkin membawa penjenayah, cuba jelaskan tentang van yang langsung tak mempunyai tingkap dikeseluruhan bahagian belakangnya..

Bas ekspress yang pakai tinted gelap serta pakai langsir pun terdedah kepada keraguan membawa penjenayah tapi kenapa JPJ dan Polis biarkan je bermaharajalela diatas jalanraya di Malaysia?

So..., gua bukan menentang peraturan jalanraya yang dibuat untuk kebaikan pengguna seluruh Malaysia.., tapi gua menentang peraturan yang berat sebelah serta menyusahkan rakyat hanya semata-mata nak kaut keuntungan dan hanya nak memenuhi KPI bagi pihak-pihak tertentu.

Kena ingat jugak beb..., negara kita ni selalunya bercuaca panas.., dan kalau peraturan JPJ dan Polis taknak bagi rakyat tinted cermin gelap, itu dah kira peraturan kurang cerdik.

Pastu kalau nak kaitkan kegiatan jenayah dengan tinted cermin gelap, kenyataan tu amatlah dangkal kerana Pegawai Polis serta JPJ sendiri guna tinted gelap pada kereta dorang kann...

Kesimpulannya..., dah banyak negara luar benarkan penggunaan tinted cermin gelap di negara dorang.. Tak pulak rakyat atau penguatkuasa dinegara tu ada masalah dengan kebenaran tersebut.

Harapnya pihak JPJ dan juga Polis Malaysia ambik lah inisiatif untuk mengkaji semula peraturan-peraturan lapuk yang dah tak sesuai dengan peredaran zaman. Jangan pulak kerana keras kepala nak tunjuk kuasa, rakyat makin meluat dan imej penguatkuasa negara akan dipandang rendah.

Gua sayang dan sokong JPJ dan juga PDRM. Gua taknak imej JPJ dan Polis Malaysia dipandang hina semata2 kerana isu remeh macam tinted cermin ni.. Peace!!!


p/s: Gua baru je bayar saman di kaunter Polis Bandar Perda.. Awek jaga kaunter tu comel.. Kikikiki

5 ulasan :

  1. Bila kita nak lintas jalan atau masuk ke simpang, kita biasanya akan melihat kepada pemandunya. takut2 dia x perasan kat kita. kadang2 kita juga nak tengok sapa didalamnya sebab laju sangat kereta tu dipandu. takut2 dia tu sedang kecemasan atau sedang melarikan anak orang. kita juga kadang2 nak tau juga apa dalam kereta tu. takut2 ada budak tertinggal atau mungkin barang seludup yang merbahaya. kalau cermin semua dah gelap. maka kita lupakanlah sikap prihatin kita tu. buat hal sendiri je.

    BalasPadam
  2. memang benar bro, penguatkuasa kita baik polis ke Jpj ke..pilih bulu..bas persiaran bolih tinted, kereta menteri menteri bolih tinted, bos bos besar bolih tinted..tak kira lah melayu ke cina ke india ke...bolih tapi kalu rakyat marhaen selalu jadi mangsa..buat lah kerja dgn ikhlas..jgn dok pandang rasuah aje..buat peraturan tu jgn sampai rakyat tambah benci dgn penguatkuasa

    BalasPadam
  3. Banyak baiknya dari buruknya bercermin gelap ni, boleh melindungi cuaca panas, dan yang paling penting dapat mengurangkan kadar jenayah, cuba bayangkan penjenayah x nampak apa yang ada dalam kereta, kalau die cuba pecahkan cermin terutama di lampu isyarat, silap kereta dia pecah kt dalam semua lelaki baru ada akai, lagi satu, kita da boleh stanby kalau ada orang yg mencurigakan sebab orang dalam kenderaan lebih jelas penglihatan berbanding orang diluar untuk melihat kedalam kenderaan

    BalasPadam
  4. Kenapa JPJ dan Polis tak saman kedai yg memasang cermin gelap....merekalah yg patut di persalahkan....

    BalasPadam
  5. Duit duit di mana kau duit

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online