“Pendirian kami ialah tiada kenaikan untuk 20 kubik meter pertama. Selepas itu, 21 hingga 30 kubik meter misalnya, tarif pada harga kos.
“Untuk penggunaan 21 hingga 40 kubik meter, anda sudah gunakan terlalu banyak sebenarnya, caj boleh dikenakan sebanyak dua kali ganda (kos). Itu pun jauh lebih murah berbanding Singapura,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Menurut beliau lagi, kempen juga perlu diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya penjimatan air, serta keperluan menaikkan tarifnya.
“Kenaikan dan kempen perlu dijalankan bersama. Sejak dulu lagi kami menyuarakan isu ini – tentang betapa pentingnya pemuliharaan air,” katanya lagi.
Water Watch Penang adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berpangkalan di negeri itu sejak 1997. Ia bertujuan memberikan kesedaran berhubung pemuliharaan air, penyelidikan dan memberi khidmat nasihat tentang pendidikan dan kitar semula air di sekolah.
Catat Ulasan