Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat semalam menempelak kenyataan tersebut dan menganggap kenyataan tersebut tidak berasas sama sekali.
Guan Eng turut menyatakan bahawa ibu bapa harus malu dengan taraf pendidikan anak mereka yang lemah dan jelas berada di bawah taraf pendidikan negara miskin di rantau Asia Tenggara seperti Vietnam dan Thailand
“DAP bersetuju dengan pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Frederico Gil Sander bahawa rakyat Malaysia sepatutnya terkejut kerana anak-anak mereka menunjukkan prestasi lebih teruk berbanding murid di Thailand dan Vietnam yang lebih miskin", ujar Lim kepada media.
Merujuk kepada laporan The Edge, Guan Eng mendakwa bahawa ukuran ranking pendidikan negara yang teruk berbanding negara Asean yang lain jelas membuktikan sistem pendidikan dan kualiti pembelajaran yang diamalkan oleh kerajaan jelas jauh ketinggalan.
Beliau turut mendakwa bahawa pemilihan guru sekarang jelas tidak berkualiti dan berharap agar kerajaan Barisan Nasional dapat memberikan kuasa penuh kepada pihak sekolah agar dapat memilih guru yang berkredibiliti agar taraf pendidikan di sesebuah organisai meningkat.
“Akhirnya, guru sekolahlah yang menjadi faktor perubahan dan memberi inspirasi kepada murid untuk berjaya.“Soalannya, apakah BN berani untuk melaksanakan perubahan yang dicadangkan Bank Dunia atau indeks pendidikan negara akan terus merudum dan tidak mustahil akan lebih teruk dari Indonesia", tegas Guan Eng lagi.-UtaraNews.com
elehhhh .. letak la guru bagus macamanapun kat depan ..
BalasPadamanak murid kat belakang bukannya belajar tapi sibuk meramas tetek orang
tak gitu ah beng ?
camna dia tak marah......sampai sekarang ni pun ah beng ni asyik-asyik dok silap kira!!!!!!!!!!!
BalasPadam