BREAKING NEWS

BERLAGAKNYA TONY FERNANDES DAN AIR ASIA HANYA KERANA RM0.25 SEN..


Takkan lah disebabkan penambahan RM 0.25 sen caj Aerobridges di KLIA2, Tony Fernandes dan juga Air Asia bertindak nak boikot dan tak mau berpindah dari LCCT? Lagipun.., rasanya LCCT tu dah macam pasar malam je sesaknya kann...

Rasanya keselesaan penumpang lebih patut diutamakan oleh Air Asia dan juga Tony Fernandes, bukannya keuntungan semata-mata. Jadi sepatutnya caj yang dikenakan oleh Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB) bagi penggunaan aerobridges di KLIA 2 tak lah menjadi masalah besar.

Tapi disebabkan oleh perangai tamak dan juga keras kepala yang cuba ditunjukkan oleh Pengurusan Air Asia, penambahan caj RM0.25 sen tu dah jadi satu isu besar..

Dah taknak guna KLIA 2 tu satu hal.., pihak pengurusan tertinggi Air Asia berlagak pulak nak fitnah MAHB kononnya KLIA 2 tak berfungsi dengan baik dan juga tak selamat digunakan.. Kononnya.., pihak Air Asia mendakwa landasan di KLIA 2 mendap dan juga retak..


Walhal.., pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sendiri dah mengesahkan bahawa KLIA 2 selamat digunakan dan juga selamat untuk beroperasi. Takkan itupun pihak pengurusan Air Asia masih tak nak percaya dan nak juga tunjuk keras kepala?

Sebenarnya, Tony Fernandes dan juga Air Asia boleh disifatkan sebagai "anak manja" apabila dapat semua kemudahan dari MAHB sebelum ni.. Sebelum ni pun Air Asia dah merayu untuk tak gunakan Aerobridges di KLIA 2 dan dipenuhi permintaan tu oleh MAHB..

Cuma setelah arahan dari Kementerian Pengangkutan yang mahukan keselesaan dan keselamatan penumpang didahulukan, MAHB terpaksa juga memasang 80 aerobridges di KLIA 2 bagi mematuhi arahan berkenaan..

Di sini sekali lagi nampak betapa Tony Fernandes dan juga Air Asia langsung tak mementingkan pelanggan yang menjadi penumpang pesawat dorang.. Keselamatan dan keselesaan penumpang diabaikan hanya kerana mementingkan keuntungan semata-mata..


Yang peliknya, Air Asia boleh pulak menggunakan aerobridges di lapangan terbang luar negara tanpa banyak songeh.. Tapi di Malaysia sendiri Air Asia teramatlah sombong dan banyak demand!

Cuba bayangkan warga emas dan juga keluarga yang membawa anak kecil terkial-kial berjalan dari landasan lapangan terbang dalam keadaan terik panas ataupun hujan.. Ada ke Tony Fernandes dan Air Asia peduli tentang semua tu?

Yang penting dalam kepala dorang hanyalah duit mahsyukk beb.. Air Asia dah jadi macam bas ekspress pun tak apa.., penumpang pesawat penat jalan kaki pun pedulilah janji syarikat Tony Fernandes terlepas bayar RM 0.25  sen seorang...

Pasal tu lah Tony Fernandes tu dikatakan berlagak di tanah air sendiri..

Sekarang ni Perdana Menteri sendiri dah arahkan Air Asia WAJIB berpindah ke KLIA 2 pada 9 Mei ni.. Kita tengok apa yang Tony Fernandes nak bagi alasan pulak.. Kita tengok sejauh mana dia boleh berlagak! Hahahaha...


1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online