BREAKING NEWS

WAN AZIZAH AKHIRNYA MENGAKU DIPAKSA OLEH ANWAR.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui penglibatannya dalam politik selama ini kerana terpaksa dan semata-mata untuk membela suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mangsa ketidakadilan.

Beliau yang merupakan calon PKR bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkata, segala-galanya bermula pada 1998 ketika Anwar pertama kali dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan meliwat.

Menurut Wan Azizah, selepas suaminya dibebaskan, dia kemudiannya membuat keputusan untuk berhenti berpolitik, namun menarik balik niat tersebut baru-baru ini apabila Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi dihukum atas kesalahan sama pada 7 Mac lalu.

"Saya tidak sangka akan jadi calon selepas 11 Mac, kerana (walaupun) sudah lama saya berkecimpung dalam politik, kerana bukan pilihan saya sendiri, tetapi saya terpanggil pada 1998 apabila terjadi tragedi hitam dalam hidup kami, maka saya terjun dalam politik.

"Saya fikirkan apabila suami saya bebas dan rakyat bersatu, kita lihat banyak perkembangan serta lonjakan politik dalam negara, saya rasa syukur Alhamdulillah, sudah buat apa yang mampu.

"Tetapi sampai 7 Mac, bila jatuh hukum pada petang Jumaat itu, saya rasa sungguh tidak tahan apabila jatuh hukum lima tahun penjara dan mendengar laungan reformasi di luar mahkamah, saya merasa inilah masanya untuk turun padang," katanya ketika memberikan ceramah di Taman Koperasi CUEPACS, Kajang di sini malam tadi.

Wan Azizah pada 2008 pernah melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding kerusi tersebut.

Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar, namun sabitan tersebut berjaya diketepikan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Beliau yang disifatkan sebagai 'anugerah tuhan' oleh isterinya, sekali lagi disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. -Utusan

5 ulasan :

  1. Hmmm
    Bila ada harapan x dpt kote 5 thn
    Ckp pun dah merapu

    BalasPadam
  2. Kalu dia 'paksa' nak belakang, bagi juga ke.......

    BalasPadam
  3. Lbgt? Mampos umat macam ni. .

    BalasPadam
  4. Kan dia cakap dia masuk politik pasal anwar di aniaya, bukan pasal nak bantu orangramai

    BalasPadam
  5. MAKNANYA JANJI HANYA TINGGAL JANJI

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online