BREAKING NEWS

TERKINI!!! POLIS RAMPAS TELEFON ADUN PKR SEBERANG JAYA.


Polis merakamkan kenyataan Exco Pulau Pinang yang juga Adun Pkr Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin pagi ini berhubung twitnya pada 4 Mac lalu yang didakwa menghina pasukan polis.

Peguam Afif, Izad Buqkhary Mohd Kamri berkata dua pegawai dari ibu pejabat polis Bandar Perda menghubungi Afif sewaktu beliau berada dirumahnya pada jam 9 pagi.

"Mereka merakamkan kenyataan dan merampas telefon bimbitnya. Semua proses mengambil masa dua jam," kata Izad kepada Malaysiakini.

"Polis memaklumkan terdapat dua laporan polis terhadap Afif berhubung twitnya. Mereka belum memaklumkan kepada kami, peruntukan undang-undang mana untuk menyiasatnya," kata Izad lagi.

Afif dalam tweetnya menyebut: "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah."

1 ulasan :

  1. Tuan Polis, kenapa tak saman saja? Nak biarkan orang macam Afif Bahardin ni bercambah. Tunjuk tegaslah sikit.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online