Katanya, Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian tegas di Parlimen berhubung isu itu sedangkan Umno dilihat masih berdiam diri.
“Saya cabar Umno menyatakan pendirian mereka. Di Parlimen kita sudah menyatakan pendirian yang tegas dan bersungguh-sungguh menentang kezaliman dalam kes membabitkan Ikhwanul Muslimin.
“Ini adalah perkara yang serius. Kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam isu di luar negara, seolah-olah membiarkan dan merelakan perkara tersebut berlaku, lemah dan lembik serta tidak berupaya untuk membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi.
Shamsul yang juga penyandang Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, kerajaan perlu mengambil pendirian atas dasar kemanusiaan sepertimana dilakukan masyarakat antarabangsa.
“Kita bimbang mereka lihat Malaysia hanya pandai bercakap tapi tidak mengambil apa-apa tindakan sedangkan negara-negara lain sibuk menyatakan pendirian mereka,” tegasnya.
Memang mahkamah Mesir zalim sebab tak bagi peluang tunda kes sampai 60 kali. Kami turut mengutuk keras. Setakat tu aje le.....
BalasPadam