BREAKING NEWS

PERKASA DAN UMAT ISLAM ADALAH KUMPULAN SYAITAN !!


Seorang individu yang dipercayai penganut Kristian telah bertindak keterlaluan apabila menyifatkan umat Islam dan Ngo Perkasa sebagai pengikut Kultus Syaitan.

Individu berkenaan menulis sedemikian didalam satu komen video didalam laman Youtube yang merakamkan kejadian kekecohan di Istana Kehakiman.

Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata orang ramai meluru ke arah pintu cermin utama Istana Kehakiman sebaik sahaja mendapat tahu peguam gereja Katolik mempersoalkan mengapa penggunaan Allah oleh penganut Kristian dijadikan isu selepas 14 tahun Herald menggunakannya, sebelum pengharaman oleh Kementerian Dalam Negeri pada 2009.

"Penyokong (kami) mendapat tahu ini antara hujah peguam gereja Katolik, jadi mereka kecewa," katanya.

Sambil mengatakan tidak ada arahan untuk mereka berbuat begitu, Ibrahim bagaimanapun mempertikaikan mengapa penyokong gereja dibenarkan masuk ke dalam mahkamah sedangkan penyokong NGO Islam tidak boleh.

"Ahli Comango semuanya di dalam sedang menikmati teh, mengapa mereka dibenarkan masuk," katanya, merujuk kepada pertubuhan hak asasi yang baru-baru ini dituduh menyokong murtad.

"Mereka ini bukan badan berdaftar pun, tidak seperti kami,” katanya.


Beratus penyokong Perkasa dan beberapa pertubuhan Islam lain yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik berhimpun di perkarangan Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan permohonan gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu, lima bulan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa menteri dalam negeri mempunyai budi bicara melarang penggunaan kalimah Allah di dalam Herald.

Mengenai penangguhan tersebut, Ibrahim berkata, ia boleh diterima kerana perkara tersebut merupakan sesuatu yangs serius dan perlu dipertimbangkan hakim.

"Kami percaya apa-apa keputusan yang dibuat adalah bijak, maka biarlah mereka mengambil masa.

"Kami orang Islam, kami tahu bersabar," katanya.

Ibrahim berkata, umat Islam bertolak ansur untuk sekian lama dan menerima semua kaum di Malaysia.

"Sekarang mereka naik kepala kami," katanya.

1 ulasan :

  1. Kriatian skrg adalh pngikut freemason...Deceiver

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online