BREAKING NEWS

MISTERI!! TUDM SAHKAN MH370 PATAH BALIK KE KLIA.

Pihak berkuasa mengesahkan pesawat MH370 yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China telah berpatah balik.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud ketika mengesahkan perkara itu berkata, kemungkinan besar pesawat tersebut ingin berpatah balik ke KLIA.

Katanya, tindakan juruterbang berpatah balik itu dikesan selepas pihak berkuasa meneliti semula rakaman yang diambil dari radar tentera.

"Kita masih menyiasat mengapa juruterbang tersebut tidak memaklumkan kepada menara kawalan sebelum berpatah balik dan laluan mana yang diambil.

"Kami sedang bekerjasama dengan agensi perisikan dan penyiasatan antarabangsa untuk menyiasat kes ini dengan lebih mendalam," katanya pada sidang akhbar sebentar tadi -Kosmo

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online