BREAKING NEWS

MAHKAMAH PERSEKUTUAN ADALAH ANJING UMNO.. - ANWAR IBRAHIM


Anwar Ibrahim menyelarkan keputusan lima panel Hakim Mahkamah Pesekutuan yang menolak permohonannya berkaitan dengan kes liwat yang membabitkan beliau.

Anwar berkata, keputusan tersebut berat sebelah dan hanya bersifat politik untuk mengaibkan beliau selain tidak dibuat berdasarkan undang-undang.

"Keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi terhadap saya dilihat sebagai keterlaluan apabila menerima suatu perkara yang bukan fakta dan undang-undang tetapi lebih bersifat politik.

"Saya agak pelik kerana kesemua panel hakim menggunakan hujah yang pada saya hanya digunakan oleh UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memalukan saya.

"Perkara ini sangat bahaya dan saya ingin memberitahu supaya Ahli Parlimen Pembangkang dan semua Ahli Dewan Rakyat memandang serius perkara ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau merujuk terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi tadi yang menolak permohonan semakan beliau untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu.

Dalam penghakiman bertulis tersebut, tertera beberapa kes yang menyatakan Anwar mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual bersama Azizan pada ketika itu. - RakyatNews

7 ulasan :

  1. Taniah utk hakim mahkamah persekutuan berpegang dgn fakta anda semua lebih arif dari segi undang2 orang politik memang arif dgn politik untuk mengutuk dan menjatuhkan ahli politik lain. Mereka tiada pendirian skg kawan besok musuh lusa kawan semula itu la politik.

    BalasPadam
  2. Anwar sebenarnya anjing..
    X ada law langsung nak boh
    X kira sapa, x kira arah mana
    X kira melayu cina
    X kira jantan betina

    BalasPadam
  3. Mendiang Hakim Augustine Paul yang mengadili kes liwat Anwar pd Tahun 1998 pernah selar Anwar dan memanggilnya "A sick Man". Anwar mencela hakim itu dan mengatakan "it takes a sick man to call another sick" Well, 'IT takes a DOG to call another a DOG"

    BalasPadam
  4. Awk salah, bukan agustin paul yg berkata begitu, tapi hakim ariffin jaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kira sape yg ckp..TAPI anwar dah telan balik kahak hijau yg dia ckp kat hakim"it takes a sick man to call another sick".,

      Padam
  5. " Orang beriman tidak berdusta "

    BalasPadam
  6. anwar. Engkau sial

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online