BREAKING NEWS

ARTIS MELAYU BANGGA DEDAH AIB DEPAN UMUM.


Kalau nak kawin tu kawin je lahhh..., tak payah lah nak cari publisiti murahan memalukan diri sendiri dikhalayak umum kann.. Dah la awak tu kebas suami orang.., lepas tu sibuk pulak nak buat PC untuk tunjuk baik sangat..

Gua rasa bukan gua je naik muak dengan cerita chenta artis perasan cantik sorang ni.., tapi gua yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang rasa mual dan loya dengar penjelasan dangkal dorang..

Sebelum ni artis pompuan tu buat kenyataan kata dia couple dengan duda.., sekarang ni dia mengaku pulak kata dia dah dimaklumkan bahawa boifren dia tu sedang dalam proses bercerai.. Tak ke menipu namanya tu beb?

Apapun gua harap artis berkenaan berhentilah jadi hipokrit dan dedah aib sendiri depan media. Elok je ajak boifren awak tu kawin cepat-cepat kalau betul dia jujur dan bertimbangrasa seperti yang awak kaborkan dalam PC..

Jangan ingat rakyat Malaysia ni peduli kisah chenta Bangkok yang sangat memualkan dari awak dan boifren tu.. Sudah-sudah lah buat malu kaum sendiri yee.. Insaf-insaflah yeee....


PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.

"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.

"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.

Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie, Nurliyana Abd Manan membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Pada sidang media yang dianjurkan Hanez, dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Malah Hanez turut meminta Nurliyana untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas nama baik dia dan keluarganya tercalar gara-gara tuduhan tersebut.

Sementara itu, Romie pula berkata, kontroversi yang berlaku tidak akan mengubah fikirannya untuk mengahwini Hanez.

"Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).

"Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.

"Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan," tuturnya.

2 ulasan :

  1. gua pun dah mula meluat ngan hanez tu..dulu minat sebab lawa beb..putih..tapi spesen gold digger ni xpelah..reject..hahahaha

    BalasPadam
  2. Inilah dia artis miang dan gatal..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online