"Sekarang sudah tiada lagi dialog. Tiada lagi Konsensus Nasional. Kita lawan! Kerana apa? (Kerana mereka) biadab!” katanya dalam ceramah pada sebuah karnival keusahawanan di Kajang malam tadi.
Anwar juga mendakwa panel hakim yang mendengar kesnya tidak mempedulikan fakta sebaliknya hanya bersetuju dengan hujah peguam pihak pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah.
"Tiga orang (panel hakim) sama sahaja dengan Shafee. Jatuh hukum tak peduli fakta,” dakwanya.
Ucapan Anwar itu mendapat sorakan ratusan penyokong Pakatan yang kemudiannya melaungkan perkataan “lawan”.
Anwar sebelum ini mengajak BN berdialog demi mencapai konsensus nasional antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan dan kebencian antara agama yang makin meningkat.
Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000.
CUBA KAU ORANG TEKA ANWAR BAWA BERAPA PUCUK PISTOL DALAM GAMBAR DIATAS. SELAMA INI PISTOL MANA YANG SELALU DIA GUNA UNTUK NENEMBAK?
BalasPadamAssalammualaikum wmt,
BalasPadamSiapa Anwar bin Ibrahim nak cakap pasal 'salah guna kuasa'?
Lupakah rakyat negara ini bagaimana dia sendiri menyalahguna kuasa semasa dia jadi TPM ketika memaksa Umi Hafilda menandatangani surat penafian pendedahannya ketika kes liwat 1 dulu?
Mangkok! Sendiri buat salah tak sedar. Asyik dok cari salah orang lain aje.
Berentilah kau wahai Nuar drpd mencari salah orang lain. Bermuhasabah dirilah sebelum cuba nak tegakkan benang basah.
Insaflah segala kesalahan dan kesilapan diri dan kembalilah kpd ketentuan Allah swt dgn melakukan taubat nasuha.
Kamu tu umur dah lanjut. Pendek kata, kubur dah kata MARI dan rumah pula dah kata PERGI.
Kalau aku menang... hakim berwibawa dan adil, hakim macam nilah yang rakyat nak... tipu pun tak pe...
BalasPadamKalau aku kalah...hakim longkang, kangkung, barua kerajaan (UMNO)... biarlah bukti ada tapi tipu semua tu...
he3... fikir-fikirkanlah..