BREAKING NEWS

HOT!!! MUKHRIZ CONFIRM KALAH NAIB PRESIDEN UMNO SEBAB PROKSI MAHATHIR...


PAS meramalkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan tewas pada pemilihan Naib Presiden Umno 19 Oktober ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan trend yang ada dalam Umno sekarang, tidak banyak berlaku perubahan dalam pemilihan itu nanti.

Justeru, katanya, menurut sumber dalaman, tiga penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kedudukan mereka.

Berdasarkan trend sekarang juga, tambahnya, dua lagi calon Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak boleh memanangi jawatan itu.

Menurutnya, walaupun muka-muka lama dikatakan akan mengalami kekalahan terutama Hishammuddin namun ada kempen yang cukup kuat di luar politik Umno untuk mengekalkan mereka.

“Ada campur tangan luar daripada politik Umno yang berkempen cukup kuat untuk mempengaruhi perwakilan bagi mengekalkan tiga Naib Presiden Umno sekarang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, sumber itu mendedahkan satu perjumpaan telah diadakan oleh pihak berkenaan untuk mempengaruhi perwakilan Umno pada pemilihan nanti supaya memberikan kemenangan kepada Hishammuddin dan menolak Mukhriz.

Katanya, menurut sumber itu lagi, jika Mukhriz berjaya pada pemilihan kali ini sudah tentu bapanya, Tun Mahathir akan terus campur tangan dalam urusan Umno.

“Jika Mukhriz menang, Mahathir akan campur tangan dengan lebih hebat lagi di dalam Umno kerana Mukhriz dilihat adalah proksi Mahathir,” ujarnya.

Justeru, ujarnya ‘orang-orang’ Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pasti akan bekerja secara all out untuk memastikan kekalahan Mukhriz bagi mengelakkan wujudnya campur tangan yang berterusan daripada Mahathir terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Najib sekarang.

Beliau menambah, atas perkiraan itu, Mukhriz mesti dikalahkan pada pemilihan Umno kali ini. - HARAKAH


p/s: No komen... Meroyan la penyokong abang botak lepas niii... Kikikiki

11 ulasan :

  1. Campurtangan luar tu Bukan Mahathir tapi kamu yang sibuk mengalahkan ahli UMNO sendiri. Kes Berzina dulu pandai pulak tak berani ulas tup2 dah berani pulak Sekarang. Nanti bila Unmo desak kes tu dibuka kamu Akan kata campurtangan luar. Sedar lah diri... Kamu mengaku beragama Islam tapi Berzina . Manusia kamu boleh bohong .tapi ALLAH SWT tetap melihat...MUNAFIK !!!.

    BalasPadam
  2. Spender sendiri tak pandai jaga,nak jaga tepi kain orang...........lawak la.......lawak ke der........

    BalasPadam
  3. Ada kemungkinan jugak. najib mesti nak selamatkan sepupu dia..zahid memang nampak kerja dia sekarang ni..nampaknya kena korbankan shafie ler..tapi nak pancung shafie pun bukan senang..handal orangnya..isa dgn ali memang tak payah lah..buat semak je.

    nampak gaya mukhriz kalah ler..

    BalasPadam
  4. MPP pun berharap-harap juga agar abang botak kalah!

    BalasPadam
  5. Harap ada tesis berkaitan zina dr segi kesihatan,pemikiran,usia,kehidupan sosial dll.Perlu ada kerangka besar dlm membentuk geografi kegiatan sosial.Peranan wanita perlu di hadkan dgn serius demi menjaga batasan kaum hawa.

    BalasPadam
  6. ulasan tu sengaja je bagi menimbulkan kekeliruan dan perbalahan dlm umno,agaknya stopa dapat maklumat tu masa tengah main dgn kekasih gelapnye kot,biarkanlah apa nak herankan bukan dia yg menentukan kemana undi ahli umno,pru ke 13 pun tak berani nak tanding apa cerita???

    BalasPadam
  7. Di luar kotak UMNO MM memang popular dan disokong untuk menang kerusi naib presiden tetapi mengundi tidak boleh. Oleh itu berdoalah untuk kemenanganya. Itu boleh.
    Di dalam kotak UMNO MM popular di akar umbi. Tetapi bukan semua boleh mengundi.Beberapa peratus saja dari keseluruhan ahli.Oleh itu kepada yang berpeluang mengundi sila dengar dan terjemahkan kehendak akar umbi.
    Ingat......Kedua kumpulan ini adalah pengundi pada PRU. Perkenankan harapan mereka dan merka akan perkenankan harapan UMNO pada PRU mendatang.

    BalasPadam
  8. jangan percaya la cakap setopa ali ni.. dia sendiri main pompuan dalam bilik hotel... siap bagi duit lagi... pelacor kot... lagi nak bising.. dasar muka simen lantai betul... tak tau malu

    BalasPadam
  9. SAYA BERDOA AGAR MB KEDAH MENANG DALAM PEMILIHAN ITU NANTI. YANG SEDIA ADA, KALAU KURANG EFISYEN SEBAGAI NAIB PRESIDEN DAN MENTERI BIARLAH PERWAKILAN YANG MENENTUKAN.

    BalasPadam
  10. Abah birik anak misti rintik...lagi jaganam malaysia...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online