BREAKING NEWS

TUN ABDULLAH MENGAKU SELAMATKAN MALAYSIA DARI TUN MAHATHIR.. HAHAHAHAHAHA..


Dianggap sebagai "Mr Clean", bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat".

Dalam wawancara ketika melancarkan sebuah buku baru bertajuk Awakening, the Abdullah Badawi years in Malaysia, Tun Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya, dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Antara lain, Abdullah berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis.

"Boleh kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya melanda pada 2008.

"Jika tidak tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini.

"Saya tidak suka apa yang Mahathir buat. Saya beri peluang kepada Mahathir untuk meluahkan pandangannya. Saya pergi bertemunya tetapi dia memilih menyerang saya dan pentadbiran saya secara terbuka," tambahnya.

11 ulasan :

  1. Aku sokong 100% pak lah. Tun Abdullah menjaga kepentingan rakyat miskin dan terima kasih pada Tun. Kalau pak lah tak de tak tau lah apa akan jadi pada malaysia.

    BalasPadam
  2. Pak Lah nak jimatkan duit? jimat duit bagi masuk poket budak tingkat 4 yek hehehe..Apapun tak baik kutuk Pak Lah. Dosa pahala dia tanggung sendiri. Depan Allah sendiri jawaplah pasal amanah ni yek.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada Admin Blog Malaysia Heaven. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu rahmat buat kita semua.

    BalasPadam
  3. TDM telah meletak aras pencapaian yg tinggi utk dituruti oleh pimpinan selepasnya. Anyway, blaming him for our own weakness just showing, sorry to say, our subcortex thinking.

    BalasPadam
  4. pak lah lu balik tidor. PM M'sia yg paling terok/lemah/mengantok

    BalasPadam
  5. Tun M berjaya dapat semua negeri kecuali Kelantan.Masa Tun M jadi perdana Menteri,musuh-musuh kerajaan semua takut dengan Tun M,bukan pembangkang je takut,Israel,Amerika semuanya gerun dengan Tun M.Bila Pak Lah ambil alih je,pembangkang terus buat macam-macam serangan terhadap kerajaan sampaikan pulau pinang,selangor,perak,kedah jatuh ke tangan pembangkang.Tun M telah berjaya mengatasi krisis ekonomi tahun 1997 yang mana telah banyak menjatuhkan ekonomi di banyak negara.Pak Lah cakap dia lagi pandai???? Masa Tun M jadi perdana menteri tidak ada kaum lain yang berani hina bangsa melayu,hina Islam,kritik institusi diRaja.Macam-macam pembangunan yang Tun M buat tapi berapa banyak ekonomi yang dijana.Kalau nak muflis,dari krisis ekonomi tahun 1997 lagi dah lama muflis.Pak lah,Pak lah...

    BalasPadam
  6. pak lah telah selamatkan Malaysia?wakakakka satu kenyataan yg maha bodoh pernah aku dengar selama aku menjadi rakyat yang sudah mengjangkau ke usia 38th.seingat aku,pak lah lah manusia yg telah menjahanamkan malaysia,dari penasihat beliau sehingga kepada pelepasan anwar brahim..bermula dari situlah detik2 hitam dalam sejarah malaysia sebagai negara maju..apa yg pak lah telah lakukan kpd malaysia?beliau umpama jalut dalam rancangan cumi dan ciki sahaja..apa yang boleh dilakukan oleh lepasan ijazah pertanian?tanam getah dgn padi pun belum tentu menjadi,inikan pula mentadbir negara..pak lah seharusnya sedar diri dan jangan cuba menyalahkan org lain diatas kelemahan beliau..memalukan berak ditengah jalan lepas itu tunding jari pada org lain..akui kesilapan..org pun x marah..

    BalasPadam
  7. ore kota bharu8 Ogos 2013 6:17 PTG

    Apa yg TERJADI KEPADA BANGSA MELAYU SAAT INI .. HASIL DARI TUN DOL ..
    NAK TUNJUK MR. CLEAN .. KONON ..

    BalasPadam
  8. Apa jasa dia hanya pelinkop kepentingan melayu ada la.Inilah specis pencinta Pantat cinabeng yang bersunat.

    BalasPadam
  9. pak lah oooii....kenapalah hang pi berbunyi?
    dok diam-diam sudah laa..

    BalasPadam
  10. Sebab tu zaman pak lah rakyat malaysia menikmati harga minyak yang paling murah.

    BalasPadam
  11. Tun Mahathir bina rumah gaya moden RM 500 ribu dgn pinjam loan kerajaan. Paklah bina rumah melayu tradisional kat bukit lanjan dengan cash money RM 12 juta dengan duit komisen syarikat argentina Rm 250 juta ( bina ampangan kat sarawak). Wakakakaka..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online