Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
TERSANGAT HOT!!! CARA TERKINI ELAKKAN KENA SAMAN AES!!
Comments : 0
Peguatkuasaan kamera AES dibeberapa lokasi di lebuhraya telah menjadi kontroversi dikalangan majoriti rakyat. Ramai yang tidak berpuas hati dengan saman yang dikeluarkan serta tak kurang juga ramai yang mempertikaikan kebersanan sistem berkenaan.
Oleh itu, bagi sesiapa yang tak mahu "terkena" saman tersebut, bolehlah praktikkan kaedah terkini seperti yang ada didalam gambar diatas. Ia mungkin akan mengurangkan risiko kereta anda tertangkap semasa memandu melebihi had laju dihadapan kamera berkenaan. Selamat mencuba!!
Sementara itu, kerajaan diberitakan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas mendapat maklum balas daripada jawatankuasa Pemandu yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan perluasan pelaksanaan AES.
Jawatankuasa yang dianggotai agensi termasuk dari Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Pemandu, dan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dipengerusikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin berkata, jawatankuasa berkenaan memulakan perbincangan sejak dua hari lepas dengan setiap agensi melihat tanggungjawab dan isu-isu berkaitan dengan mereka.
"Sebagai contoh isu kewangan dilihat oleh Kementerian Kewangan, isu saman oleh Jabatan Peguam Negara dan isu penguatkuasaan oleh JPJ dan PDRM.
"Maklum balas daripada mereka akan dibawa ke jawatankuasa induk supaya butiran lebih terperinci akan diperolehi," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, kini sudah banyak penambahbaikan AES berbanding sebelum.
"Apa yang penting adalah matlamat asal kita untuk memastikan kemalangan sifar dan tempat yang kita letak AES, jumlah kemalangan adalah sifar tetapi tetap ada belenggu isu AES untuk kepentingan pihak tertentu dan perkara ini akan kita tangani," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan