BREAKING NEWS

I.S.A!!! BILA THAILAND LEBIH CERDIK DARI MALAYSIA..


BANGKOK, 31 Julai - Pihak berkuasa Thailand diberi kuasa meluas mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di tiga daerah untuk mengawal perhimpunan politik yang dirancang bertujuan menentang dan menyokong rang undang-undang pengampunan.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Lt Jen Paradorn Pattanatabut berkata Kabinet Thailand Rabu meluluskan penguatkuasaan ISA untuk mengawal keadaan politik dari 1 hingga 10 Ogos.

Ketiga-tiga daerah terlibat ialah Dusit, Pomprabsattrupai dan Pranakorn, katanya kepada pemberita.

Terdapat tujuh rang undang-undang berkaitan pengampunan di parlimen termasuk pengampunan bagi pesalah yang terlibat dalam keganasan politik 2010.

Persidangan parlimen bersambung semula esok.

Paradorn berkata ISA digunakan memandangkan kumpulan terbabit mungkin mengadakan perhimpunan berpanjangan dan terdapat juga pergerakan oleh pelbagai kumpulan yang berlainan.

"Jadi kami bersetuju mengumumkan ISA untuk mengurangkan dan mencegah konfrontasi antara penentang dan penyokong. Kami juga bimbang tentang campurtangan pihak ketiga," katanya.

Beliau, bagaimanapun, berkata ISA boleh ditarik balik bila-bila masa apabila keadaan kembali pulih.



p/s: Kat malaysia tak perlu ISA kerana rakyat dan pembangkangnya sangat berdisiplin... Sebab tu Najib dan para punaisihatnya hapuskan ISA.. Korang tak percaya?? Sekarang tengok la hasil nya..., "berdisiplinkan"!!

4 ulasan :

  1. sebab tu ah jib gol cukup bangga apabila dia dengan bangangnya membentangkan usul mewafatkan isa dan ordinan darurat ... tahniah ah jib gong ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn silap,bila PRU13 lalu kerajaan mendapat mandat 2/3 tiada lg suara dan desakan pembangkang boleh dilayan..pemansuhan ISA adalah disebabkan kuasa pembangkang yg bertambah dan bersuara di parlimen mendesak kerajaan memansuhkan ISA,

      Padam
  2. Thailand juga cukup tegas dgn pesalah yg menghina Raja mereka. Kita? Raja dan Islam dijadikan modal lawak sahaja.

    BalasPadam
  3. Ah jib gor bangsawan mana ada rasa denyut nadi orang Melayu cakap saja lebih 2x5 dengan Aljub & d geng.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online