BREAKING NEWS

BREAKING NEWS!!! NAMAWEE BAKAL DILANTIK JADI PEGAWAI KHAS MENTERI PERLANCONGAN..


Agak heboh dilaman-laman sosial bila terdedahnya satu maklumat yang menunjukkan Nazri Aziz selaku Menteri Perlancongan telah melantik anak lelakinya sendiri sebagai seorang Pegawai Khas di kementerian berkenaan.

Ramai pelayar-pelayar siber mempersoalkan samaada anak Menteri berkenaan benar-benar layak menjawat jawatan berkenaan ataupun ianya sekadar lantikan secara "suka-suka".

Jika diteliti jawapan yang diperolehi dari Nazri Aziz diatas isu terbabit, ia menunjukkan seolah-olah Menteri berkenaan tidak kisah langsung tentang pandangan serong masyarakat berkenaan perlantikan tersebut.

Malah Nazri dilihat seakan-akan mahu mempersendakan masyarakat apabila secara sinis berkata beliau juga mampu melantik anaknya itu sebagai "ofis boy" yang menaiki kereta Ferrari di pejabatnya.

“My son does not even get paid by the government... In fact, I could even rename him my office boy, no problem.... an office boy who drives a Ferrarri,” the minister said, jokingly. - MalayMail

Isu ini dilihat mampu menambah burukkan imej kerajaan di mata rakyat kerana pihak pembangkang selama ini cuba untuk mengaitkan kerajaan BN dengan masalah nepotisme didalam pentadbiran.


Jika beginilah mudahnya seorang Menteri melantik sesiapa sahaja untuk menjawat jawatan penting didalam pentadbiran beliau, tak mustahil jika Namewee juga mampu menjadi Pegawai Khas di Kementerian Perlancongan.

Dizaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu juga terjadi perkara yang serupa apabila menantu beliau iaitu Khairy Jamaluddin dilantik memegang kuasa.

Akibatnya, "pengaruh" Khairy dan rakan-rakannya di "Tingkat 4" telah menyebabkan Tun Abdullah didesak untuk meninggalkan kerusi Perdana Menteri setelah sepenggal memerintah. ~ MPP News.

7 ulasan :

  1. Suruh dia belajar dgn Mukhriz cara nak mentadbir

    BalasPadam
  2. aku nyesal 10x undi BN...Jom ubah Najib!!

    BalasPadam
  3. X rasa ke si nazri ni musuh dalam selimut yang sengaja nak memburuk2kan kerajaan? Dah la skrg pn dah buruk bertmbah2 buruk la lagi!! Nasib ko lah labu...

    BalasPadam
  4. pokoknya disini adakah dia layak atau tidak bekerja dengan kerajaan, apa istimewanya dia untuk bekerja disitu walaupun tampa gaji. kita tak mahu melihat
    kerosakan seperti yang berlaku diSelangor akibat perbuatan punahsihat gaji RM1.00. Mengata dulang paku serpih. Wooi Najib buka lah mata tu luas2 tengok apa yang orang anda lantik buat , Jangan ikut cakap bini je..

    BalasPadam
  5. Wwwaaaahhhh....ini mutut-mutut tlansform....

    BalasPadam
  6. Bukan memburukkan sesiapa, his poor performance speaks for himself!

    BalasPadam
  7. @Tanpa Namabro.. tanpa gaji tu gimik saja bro..
    komisen nya bakal mengalahkan gaji profesoor selama setahun barangkali..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online