BREAKING NEWS

TERKINI!!! EZAM KOTAK BAKAL DILANTIK JADI PEGAWAI KHAS NAJIB???


Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor disebut-sebut bakal dilantik menjadi pegawai kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.

Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meninggalkan PKR pada 2007.

Najib dikatakan tidak menyambung lima setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt Shahriman Abdullah.

Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu.

Pegawai-pegawai Najib itu dianggap telah gagal memberi nilai tambah kepada Umno dan Perdana Menteri terutama dalam pilihan raya itu.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga turut menyalahkan pegawai-pegawai Najib itu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Najib dilaporkan telah melantik Khairun Aseh sebagai salah seorang pegawai khasnya dan sudah pun memulakan tugasnya sejak minggu lalu.

Khairun merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia, anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat iaitu Pengerusi Perbadanan Putrajaya.


p/s: Rasanya lepas ni Ezam boleh la buka KOTAK-KOTAK dia yang dia dok canangkan ke seluruh negara sebelum ni yee.. Gua pun dah tak sabar nak tahu kandungan KOTAK-KOTAK Ezam tu nanti... Hahahahahahaha....

5 ulasan :

  1. ..."Saya akan dedahkan pada waktu yang sesuai."

    Bulan demi bulan... waktu yang sesuai tak kunjung tiba jua..

    BalasPadam
  2. Baik lantik Zul Nordin...hah..baru padan dgn muke cina sbb melayu ultra mcm zul baru bole bela org Melayu...Kalo x,,najib asik cari penasihat yg asik berat pada puak pemakan babi saje...

    BalasPadam
  3. Tak salah memilih seseorong yg pandai buat kerja.

    BalasPadam
  4. baik lantik aku jerrr......baik ader jahat ader..

    BalasPadam
  5. Masa dlm PKR bintang dia tak menyinar....tapi setelah join umno melimpah ruah rezeki dia....rupa2 nya masih laku lagi di persada politik tanah air

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online