Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.
“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.
Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.
Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.
Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.
Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.
Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.
azmin, ko ludah je muka si khalid tu.. tok guru menghalalkan.
BalasPadamrasa jawatan MB bg pada PAS,, semoga selangor dapat di tadbir secara islam di negeri selangor,,cuba sekali...takbirr
BalasPadamsetuju mesti propa je ni...dah setting skrip dah masing2
BalasPadamSenang cerita PAS dan PKR masing2 ada calon MB tk salah kongsi jawatan mcm azmin kongsi bini dgn anuar..
BalasPadam
BalasPadamRibut berlalu, kiambang bertaut.
Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu MELAYU DAN
BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA semua. AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!
Aku setuju sangat Azmin jadi MB sebab khalid ni lembu cucuk hidung DAPigs.Ramai kawan PKR yg kata gitu. Kalu PAS jadi MB lagi lah teruk bukan lembu dah ,jadi budu je kena cicah olih DAPigs.
BalasPadamAzmin dah lama nampak benda ni sebab tu mak lampir kata ,PAS dan DAP, lu dua duduk diam-diam maa.... Kalu azmin lompat ke BN tak mustahil jugak maa...Apa masalahnya menambah kekuatan Melayu...Kali ni kita ajar DAP dan gerombolannya cukup-cukup...
Hadi x berani jadi MB sbb takut tak leh nak takbir negeri..
BalasPadam