Berucap dihadapan hampir 3,000 orang yang majoritinya Melayu, bekas perdana menteri itu mendakwa Lim dan DAP “menghasut” orang-orang Cina dalam kempen pilihan raya mereka dengan mengatakan mereka adalah mangsa diskriminasi kerajaan Melayu.
“Tuan-tuan dan puan-puan, malam ini pun saya nak sebut dengan suara yang selantang mungkin. Bahawa Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman,” kata bekas perdana menteri itu disambut oleh hadirin yang menjeritkan “betul”.
“Sepatutnya dia jawablah kenapa dia bukan pelampau. Sebaliknya dia suruh kawan dia Karpal Singh bagi surat kepada saya, minta saya tarik balik dakwaan bahawa Kit Siang adalah rasis,” tambah beliau lagi.
Baru-baru ini, pengerusi DAP kebangsaan itu meminta Dr Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang didakwanya bersifat memfitnah terhadap Lim Kit Siang, yang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.
Menurut Dr Mahathir, beliau mengatakan penasihat DAP itu seorang yang rasis kerana hanya mahu bertanding di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.
“Disana dia akan hasut orang-orang Cina supaya benci kepada orang Melayu. Bencilah orang Melayu dan undilah saya,” kata beliau merujuk kepada penasihat DAP itu.
Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina telah menikmati kebebasan politik dan ekonomi di bawah BN dan menafikan terdapatnya diskriminasi.
“Sejak Merdeka, orang-orang Cina mendapat banyak nikmat. Bukan orang-orang Melayu sahaja yang dapat, Cina jugak dapat nikmat.
“Di zaman British tak dapat apa. Kita tidak pernah dengar dulu YTL umpamanya, Sunway dan bermacam-macam lagi. Mereka adalah gergasi,” kata Dr Mahathir menggambarkan kejayaan tokoh-tokoh perniagaan Cina di Malaysia.
Walaupun sudah berusia 87 tahun dan telah lama meninggalkan tidak memegang jawatan kerajaan, bekas presiden Umno itu masih lagi disambut seperti “bintang” oleh hadirin majoritinya berbaju biru BN yang bangun dan bersorak serta berebut-rebut untuk bersalam dengannya sebelum itu ketika beliau sampai ke lokasi ceramah.
Dr Mahathir turut mengingatkan orang ramai agar bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran Malaysia yang selama ini berjaya dipertahankan kerana kejayaan konsep perkongsian kuasa BN.
“Kerana negara kita ini aman, maka kita dapat bangunkan seluruh negara kita. Wujudkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat kita. Bahkan peluang pekerjaan terlalu banyak sehingga tidak ada orang Malaysia untuk isi semua peluang-peluang ini,” katanya.
hidup TUN MAHATHIR!! sama2 kita pertahankan keamanan negara kita ini selamanya!!!
BalasPadammalam ni tun ulangai sekali lagi kat taiping bahawa KIIT SIANG RASIS DAN PELAMPAU PERKAUMAN........hidup tun
BalasPadam