BREAKING NEWS

RIBUAN BELIA SERBU FORUM PERDANA FESTIVAL BELIA 2013.


Langkah Kementerian Belia dan Sukan menyediakan platform agama bagi pengisian kerohanian terhadap belia di Festival Belia Putrajaya 2013 mendapat respon yang amat positif dari pelbagai pihak.

Ramai pengunjung memuji segmen Forum Perdana yang diadakan di pentas utama Festival tersebut semalam yang dibarisi oleh penceramah-penceramah terkenal terdiri daripada Ustaz Hj Dzulkifli Hj Hamzah, Ustaz Tarmizi Abd Razak dan Imam Muda Hizbur.

Imam Muda Aran pula dijemput khas sebagai moderator Forum sekaligus memeriahkan lagi segmen modal insan tersebut.

Kehadiran pengunjung yang majoritinya adalah belia di Forum itu juga membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak mengabaikan kepentingan ilmiah terhadap golongan berkenaan.


Tajuk Forum iaitu "Belia Aspirasi Negara" saja sudah cukup membayangkan bahawa pihak Kementerian serta kerajaan amat menghargai golongan muda ini bagi menerajui negara di masa hadapan.

Golongan belia kini bukan saja dianggap sebagai golongan pelapis, tetapi belia kini telah diiktiraf sebagai aset penting bagi negara didalam membina halatuju bangsa yang mampu menggalas tanggungjawab memakmurkan bumi bertuah ini.

Sebelum Forum berlangsung, pengunjung turut dipersembahkan dengan persembahan kumpulan nasyid Mestica sementara Kumpulan Hijjaz dipenghujung forum tersebut.


Apapun, tahniah diucapkan kepada pihak Kementerian kerana berjaya menerapkan elemen keagamaan didalam Festival kali ini. Ini adalah langkah terbaik yang pastinya disokong oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

1 ulasan :

  1. Bangkit belia Melayu. Sudah waktunya kita semua Melayu berjuang menguat ekonomi Melayu. Kita mula dr kecil..akann terus bergerak. Kita Melayu harus membeli di kedai Melayu..biarlah org memperlekeh cita cita kita.

    Kita sendiri harus memastikan duit yg kita ada harus berada di linkungan org Melayu dan kembali ke tgn Melayu.

    Jika ada org Melayu tidak mau berjuang dgn Bangsa Melayu..biarkan mereka jgn peduli..
    MEREKA PASTI TELAH BERKARAT DI HATI.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online