BREAKING NEWS

KERAJAAN PERPADUAN!! PEMUDA PAS SEDIA BERKERJASAMA DENGAN KHAIRY JAMALUDDIN.


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu mengadakan pertemuan dan menerima pandangan semua pemuda parti-parti politik termasuk Dewan Pemuda PAS Malaysia.

DPPM telah lama menantikan kenyataan terbuka seperti ini. Khairy menunjukkan kecerdikan apabila mempelawa semua pihak bagi memberikan pandangan demi membangunkan sukan negara. Mungkin beliau telah belajar bahawa sikap menjuzukkan pemerintahan dari rakyat atau mempolitikkan semua perkara akan merugikan negara.

Kini beliau telah matang bahawa menjadi pemimpin kerajaan adalah suatu amanah untuk ditunaikan. Kerajaan adalah hak rakyat dan rakyat perlu diberi peluang memberikan pandangan, buah fikiran serta sumbangan bagi membangunkannya dan ia tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik semata-mata. Rakyat juga sudah bosan dengan sikap ‘politiking’ pemimpin dalam semua perkara, termasuk isu-isu negara.

DPPM bersedia mengadakan pertemuan dengan YB Sdr Khairy Jamaluddin bagi memberikan pandangan dan idea demi membangunkan sukan negara. DPPM juga sanggup mengadakan kerjasama dalam apa juga program yang dianjurkan bagi memastikan belia di negara ini mendapat manfaat daripada kementerian dan kerajaan. Dalam soal pembangunan rakyat dan negara terutama yang berkaitan dengan golongan belia, DPPM sanggup mengenepikan sentimen politik kepartian.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

8 ulasan :


  1. Semua pihak Kena Ikhlas kerana Allah swt...

    BalasPadam
  2. KJ :
    1.GP (gila Publisiti)
    2.1M+1M .Lebih Najib dari Najib.
    3. P.EM wannabe(macam penasihat ekonomi Negeri Selangor)
    4.New Politik macam saiffudin dan adam tanjung malim.
    5.Penaung- KJ Fan kelab.
    6.Engage dan inklusive- serupa Najib.
    7.Kelainan - serupa Najib
    8.Menteri - Kementerian National Reconcilation
    9.Ketua Jurucakap Kabinet
    10.Ketua Jurucakap BN
    11.Ketua Kumpulan pencantas Zahid.
    12.Ketua pembangkang dalam kabinet.
    13.Ketua UMUM PR dalam UMNO
    14.World view - sukan dan bola sepak macam najib
    15.sahabat karib AA dan TSTF dan MUFC.
    16.sahabat baik pap .
    17.Father 's little boy ,40 years ago.(minta kertas tissue)
    18.Idola Harakah dan Lim Kit siang.
    19.Loose cannon Minister for all.
    20.Menteri Kementerian bukan BN.
    21.Penolong Perdana Menteri 1. (Assistant Prime Minister No 1.)
    22. Mat liberal
    23.Melayu apologetic
    24.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam
  3. kunci perpaduan apabila islam bersatu.....

    BalasPadam
  4. Semoga Allah mberkati..

    BalasPadam
  5. Ya Allah..permudahkanlah penyatuan bangsaku biar sesukar dan sekeras manapun hati mereka menerimanya..kerna niat yg ikhlas letaknya di hati..Moga nantinya bangsaku dapat bersatu dan memuliakan agama-Mu melalui penyatuan ini, biarpun langkahnya baru setapak, aku pasti Kau meredhainya ya Allah..

    BalasPadam
  6. Lakukanlah atas nama Allah, inilah yg dinamakan silaturrahim. Bukan sahaja para belia kita mendapat berkat Allah, malah kedua belah pihak mendapat rahmatNya. Insya-Allah, amin.

    BalasPadam
  7. Biduk berlalu, kiambang bertaut.

    Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu ISLAM, MELAYU DAN BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi ISLAM, MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa ISLAM, MELAYU DAN BUMIPUTRA semua. AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

    BalasPadam
  8. xkira isu apa pun..kena ambil kira pandangan semua..teruskan usaha anda Ustaz Nasrudin dan KJ

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online