BREAKING NEWS

HOT!!! DR ASRI BELASAH MUFTI HARUSSANI DIDALAM TWITTER.


Bekas mufti Perlis didalam laman Twitternya hari ini membidas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan pihak yang mengadakan demonstrasi di jalanraya sebagai penderhaka.

Asri juga dengan secara terbuka mempersoalkan berapa harga fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak tersebut yang selama ini dilihat menyebelahi pihak kerajaan.

Sebelum ini, Tan Sri Harussani mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara. Beliau juga menganggap mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

"Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Kayanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya. ~ MPP News

24 ulasan :

  1. Dasar Wahabi Tegar Dr Asri....

    BalasPadam
  2. Apa apa pun kita perlukan RCI ke atas pencerobohan Lahad Datu olih Sultan Sulu di dalangi olih siapa? Jangan asik tanya sama pokok sahaja.... Ini lah yang cuba dielakkan olih pembangkang....

    BalasPadam
  3. asri patut cakap secara jelas,fikir sendiri dengan tenang dan baik.. kalau memerangi kerajaan yang di lantik majority memelalui peti undi yang sah, bukan kah itu derhaka...ada bukti ke kerajaan di lantik secara tak sah secara majority nya,..
    jangan mengeruhkan keadaan dengan membuat kenyataan semata mata untuk bersuara, dan tahu cakap cakap tu boleh dimanupulasi untuk kepentingan orang yang mencari peluang..fikir

    BalasPadam
  4. Kenyataan MAZA, perenggan atas OK, tp dua perkataan akhir tu, sgtlah tak berkenan.

    BalasPadam
  5. napelaaaaaaaaaaa dia tak komen fatwa2 TGNA..PAS..HADI..r u puttin urself on PAS / PR side tp sbb nak jg kedudukan kononnya taknakla istihar officially..wahabi..wahabi..kalau nak masuk politik..masukla..berjuangla..dgn bersungguh-sungguh..ini dok tibai dr TEPI JENDELA ajee.

    BalasPadam
  6. Ada² saja songeh MAZA ni.Dia yang tak baca & faham betoi² apa kata Tan Sri Harussani.Saja nak buat isu.Tak yah layan sangat MAZA ni.

    BalasPadam
  7. Orang tak laku akan mengunakan apa2 cara je untuk menarik perhatian atau menonjolkan diri.Pi la Asri hang dah tak laku dah.Dia ni bila dtanya Wahabi ke tidak tak jawab pulak tapi cakap nya berpusing2. Jangan ingat kamu pandai sebenarnya tak pon, ramai ramai dan ramai lagi yg cerdik dari kamu. Jangan ingat muka kau cantik, tak langsong.Jawa kmpong aku jauh lebeh kacak.Tengok la muka kau dalam cermin..

    BalasPadam
  8. Muka buruk takpe tapi perangai jangan la macam tu!!!

    BalasPadam
  9. kadang kadang kita harus belajar menghormati pandangan orang lain...walaupun kita tak bersetuju.. x baik buat tuduhan tanpa usul periksa

    BalasPadam
  10. Beratus ribu hadis beredar di dunia...tapi hanya 5000 yg sahih (kata imam malik) dan imam shafie membenarkan..walaubagaimanapun setiap ulamak mempunyai pendapat masing masing. Tetapi secara purata berlegar dlm jumlah 5000 ke 7000.

    Bayangkan lebih dr 90000 dikenalpasti palsu dan tidak sahih..jika salah jumlahnya maafkan saya.

    Bayangkan jika terdpt pak ustaz yg tidak arif dlm bidangnya mengambil hadis yg ia sendiri tidak pasti sahih dan memberi penjelasan seenaknya.

    Begitu byk ceramah yg dilakukan oleh pihak pas boleh dipertikaikan. Mungkin pak ustaz boleh memberi teguran kpd mereka. Jgn hanya tangkap muat.

    Jika ada 2pilihan..saya akan memilih pilihan kecil kerosakannya.seperti pesanan nabi kita. Lihat tanah arab..sesama mereka menuduh satu sama lain..pilihan yg diambil membuat kerosakan besar. Hancur negara agama bangsa...sampai sekarang musnah.

    BalasPadam
  11. tak payah di layan asri ni.... Memang cara dia bila dah suam2 kuku takdak tumpuan umum kat dia mula dia akan buat perkara pelik2 demi mencari publisiti. Mcm anwar jugak style politik dia ni.

    BalasPadam
  12. asri wahabi mcm fathul bari..geng

    BalasPadam
  13. hormatilah pandangan org tua. jika bekas muftipun mcm maza berlagak kurang ajar, apa nak harap kpd anak2 muda? dato harussanipun ada hak nak cakap n tegur. demokrasi bukan utk maza n kroni dia aje. maza, bersihkan hati supaya tidak berlagak depan kaabah semasa saya tegur sebelum tawaf kelmarin.

    BalasPadam
  14. @Tanpa Nama


    mana ada geng ... tgk balik pendapat ust fathul bari berkenaan demonstrasi ... mereka mungkin banyak persamaan dari segi manhaj aqidah dan fekah, tetapi tidak dari sudut politik ... dan perselisihan politik ini saja pun sudah cukup untuk menjarakkan mereka berdua walaupun asas manhaj mereka adalah sama ... dr asri dah bnyk kali balun ust fathul bari ...

    dan jangan sesekali dipersoalkan keikhlasan ust fathul bari semata-2 konon dia "sama geng" dgn dr asri ...

    BalasPadam
  15. Tak payah dilyn sgt mantan mufti lalang yg kmarok nk cari nama..

    BalasPadam
  16. USTAZ ASRI NI KALAU KITA PANGGIL DIA ULAMAK TERPANDAI DI MALAYSIA BARULAH DIA AKAN BERHENTI KOMEN ORANG LAIN...LAGI SATU DIA TAKUT ORANG PAS PANGGIL DIA BAPAK SETAN LAGI SEKALI...

    BalasPadam
  17. dunia nak kiamat

    BalasPadam
  18. jumpa MAZA sekeh sekali kepala dia baru sedar diri.....

    BalasPadam
  19. Baik lagi kita dengar penjelasan Ustaz Kazim Elias.Walaupun bukan ada Phd,Ust Kazim boleh memberi penjelasan yg mudah difahami.

    Mana boleh tuduh fatwa berapa harganya.Mufti Perak juga ada hak memberi pandangan.

    BalasPadam
  20. Dulu respect dgn pndgn Dr Asri tpi kini x boleh trime....

    BalasPadam
  21. Jgn suka menuduh org lain hanya kerana tidak sependapat dgn kamu . ..apa lagi memasukkan unsur2 penghinaan... cukup2 lah dgn hanya menyatakan ketidaksetujuan dgn pihak berkenaan ...tambahan pulak org yg kamu tegur itu adalah lebih tua dr kamu...ataupun kamu mempunyai dendam peribadi terhadap org tersebut yg mana apabila nampak saja peluang terus kamu tdk lepadkan peluang utk mencercanya....nampaknya kamu hanya pandai menasihati org tp tdk berbuat menurut yg sebaiknya.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online