BREAKING NEWS

ADAM ADLI DAN SAFWAN ANANG PATUT JADI IKON ANAK MELAYU.. - PEMUDA PAS


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyatakan sanjungan yang tinggi keatas keberanian anak-anak muda dalam mempertahankan kebenaran meskipun mereka berdepan dengan risiko ditangkap dan dipenjarakan.

Naib Ketua DPPM Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, keengganan Safwan Anang untuk diikat jamin sebanyak RM 5,000 membuka mata semua pihak bahawa beliau adalah simbol rakyat yang dizalimi.

"Beliau juga menunjukkan suatu sikap seriusnya anak muda dalam memperjuangkan demokrasi yang kian nazak di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Raja, kebangkitan anak-anak muda seperti Safwan Anang dan Adam Adli merupakan suatu fenomena luar biasa di negara ini.

Di negara lain, adalah menjadi suatu tanda yang besar sekiranya mahasiswa serta anak muda sudah mula berani turun berhimpun, ia menandakan zaman gelap kepada pemerintah dan permulaan cerah untuk pembebasan bagi rakyat yang cintakan keamanan, kedamaian dan demokrasi yang sebenar.

Tambahnya, menjadi suatu hikmah yang besar pasca PRU ke 13 apabila anak-anak muda mempunyai kesedaran intelektual yang tinggi dalam berpolitik.

"Anak-anak muda kini tidak lagi hanya memikirkan keseronokan dan kehidupan mereka semata-mata, sebaliknya mereka bangkit menuntut hak mereka yang ‘dicuri’ ekoran penipuan yang berlaku dalam PRU ke 13.

"Anak-anak muda kini sudah mula bercakap soal ketelusan, kejujuran dan kerajaan yang beramanah dalam memimpin negara," jelasnya lagi.

Raja berkata, penangkapan Adam Adli dan Safwan Anang adalah titik tolak kebangkitan anak-anak muda dan kerajaan tidak boleh menganggap penangkapan mahupun pemenjaraan ikon mahasiswa ini boleh mendiamkan mulut ratusan ribu anak-anak muda.

"Justeru, sebagai tanda solidariti kepada perjuangan anak-anak muda ini, DPPM dengan ini menawarkan untuk menanggung kos guaman buat Safwan Anang dan Adam Adli sepanjang kes beliau di mahkamah.

"DPPM juga bersedia membantu dengan membekalkan peguam dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) bagi membela anak muda yang ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah," katanya.

17 ulasan :

  1. Tunggula dia masuk penjara nanti,"abang2"kat dlm tu tolong dia bersihkan janggut ,misai dan bulu ...... dia

    BalasPadam
  2. icon agar ramai anak2 muda jadi kurang ajar dan tak hormat undang2..ni ajaran Islam mazhab mana?

    agak2 apa nasib mereka jika begini punya perangai dizaman Yusuf AlHajjaj atau dizaman Abu Bakr ra, Umar ra?

    BalasPadam
  3. ICON?jd CON MAN adala....memalukn AGAMA BANGSA je!

    BalasPadam
  4. budak ni dah sampai tahap GABAN

    BalasPadam
  5. Perangai kurang ajar tak hormat pemimpin dan tak patuh pd undang-undang ...inikah yg patut di contohi??...

    BalasPadam
  6. MPP sudah berpaling tadah ker?

    Sudah Tukar kaa..?

    BalasPadam
  7. Tidak melayakkan jadi ikon.Melanggar peraturan dan tak menamatkan pengajian,adakah perlu diteladani.Siapakah gurunya yg mengajarnya demikian?

    BalasPadam
  8. tak nmpk pun anak2 bangsa lain kena dakwa?

    BalasPadam
  9. anak muda ni zalimi negara x nampak , bila kena tangkap, dah kata macam macam ,kasihan

    BalasPadam
  10. ikon..??konek korang le puak2 lebai kangkong PAS weh..!!!

    BalasPadam
  11. Ya la tu....bawakla anak anak Melayu ke dlm penjara....anak cina mengangkang kat rumah. Elok la tu org cina dap kui menang..anak Melayu hancurrrrr..

    Guru agama mana la yg mengajarnya....

    BalasPadam
  12. Safwan Gila Glamer31 Mei 2013 pada 4:15 PG

    Ringkasnya, bodoh. Pilih taknak dijamin dan rela masuk penjara. Apa punya jenis suami & ketua keluarga dia ni yg patut bebas utk cari nafkah utk keluarga tapi pilih masuk penjara. Dakwaan dan tuduhan pada Pru13 adakah di susuli dgn bukti kukuh. Potong jari takde bukti, hanya persepsi basi.

    BalasPadam
  13. pemuda pas pun bodoh

    BalasPadam
  14. Hanya jauhari yang kenal maknikam

    BalasPadam
  15. Hanya jauhari yang kenal manikam

    BalasPadam
  16. hanya Jauhari yang kenal Manikam

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online