Pengerusi Lajnah, Datuk Wan Mutalib Embong berkata, pihaknya hanya boleh memainkan peranan dalam isu video seks itu sekiranya menerima aduan atau laporan polis daripada individu yang terbabit.
Katanya, Mustafa perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan seterusnya terutama dari sudut perundangan diambil.
"Beliau (Mustafa) perlu buat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan, ini pandangan sayalah. Beliau boleh buat laporan polis antaranya kerana dakwaan terhadapnya telah menjatuhkan maruahnya.
"Ikut perundangan dan tatatertib, kalau beliau mendapati telah difitnah, beliau boleh ambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Mutalib menyatakan perkara itu sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din agar Lajnah Tatatertib Pas memainkan peranan dalam isu rakaman video seks berkenaan yang kini tersebar di internet.
Dr. Haron berkata, lajnah berkenaan yang diketuai Wan Mutalib perlu melihat sekiranya wajar atau sebaliknya kes tersebut dibawa untuk perhatian kepimpinan tertinggi parti.
Diminta mengulas lanjut, Wan Mutalib berkata: "Memang betul, saya sebagai Pengerusi Lajnah akan bertindak sebagai hakim yang akan menjatuhkan hukuman tetapi dari segi undang-undang dan tatatertib, kena ada orang yang bawa kes, barulah boleh bicara.
"Kalau nak disiplinkan orang, mestilah ada peraturannya. Ada prosedurnya yang perlu dipatuhi, bermula dengan aduan, siasatan dijalankan dan dipanggil ke jawatankuasa tatatertib untuk proses selanjutnya sebelum akhirnya, saya yang akan beritahu arahan (hukuman)."
Wan Mutalib yang enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut walau bagaimanapun berkata, beliau hanya mengetahui tentang video itu setelah disiarkan oleh media.
Kenape lewat sgt nak wat report polis??????Lajnah Tatatertib PASporno.....kenape lewat sgt tengok video porno Abg Stopa???
BalasPadamOrang muslim tak bikin itu.
BalasPadamBikin itu ia lah kafir
Aku masih ingat dulu time video Chua Soi Lek keluar...ANwar dalam siri ceramah berkata itu CSL sedang menguji ubat kuat sebelum meluluskannya...semua org PAS PIS PUS sokonga bagai nak rak. Bila kena atas batang hidung walau terang lagi bersungguh, fitnah konon...ptui...
BalasPadamWoi PAS PIS PUS, zaman Rasulullah SAW dulu, semasa Baginda mula nak laksana hukum Islam, terkena kepada seorang bangsawan Quraish, makadatanglah ramai golongan bangsawan untuk merayu kepada Baginda. Apa Jawab Baginda, jika sekiranya Puteriku Siti Fatimah yang aku sangat sayang ini mencuri nescaya tidak teragak-agak untuk aku potong tangan beliau. maka golongan bangsawan lain terus terdiam. Pada masa tersebut, semua orang yang mengetahui perkara ini yang belum Islam terus menerima Agama yang benar ini kerana hukuman yang menyeluruh. Tapi dalam PAS, kalau kena atas batang hidung sendiri...fitnah..., Allah sudah ampunkan, perut buncit segala macam...CIT POOORAHHH...sebab tu PAS tak sama dengan Perjuangan Rasulullah SAW dan banyak ulama pondok yang lari dari PAS PIS PUS...hanya orang yang buta saja kata bukan Stopa dalam video tu...
Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
BalasPadamTolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!
mana stopa berani nak buat polis report???
BalasPadamSebab dia yg dlm video tu!!!
bertaubatlah!!!
Dalam bab ni, tahu pulak Lajnah Tatatertib nak ikut prosedur.
Kenapa masa kes Dr Hassan Ali, dia tiba tiba kena pecat tanpa dipanggil untuk membela diri...Double standard!!! terlalu nak jaga hati Anwar
Ulamak PAs memang dah tak ada kredibiliti!!!
Ini yg Anwar suka...
Dia nak bebaskan PAS dari Dewan Syura Ulamak...
Anwar nak keputusan parti oleh Presiden dan bukan oleh Majlis Syura ulamak
dia tak berani buat laporan polis..gambar dia dari luar hotel sampai ke pintu bilik hotel semua ada..nama orang yang booking bilik hotel pon polis akan siasat..gambar2 dilobby hotel lengkap polis akan ambil dan buat sebagai bahan bukti..
BalasPadamGini tuan puan-Pemimpin Pas dalam dilema-Apa saja tindakan yang akan diambil bukan saje menjejaskan Mustafa tetapi apa-apa saja berkait dengan isu sex yang berlaku sebelum ini terutama sekali kes Anuar. Saya kira kalau boleh Hadi ingin sanagat mengambil tindakan atas Mustafa yang mencemarkan PAS,tetapi dia telah menfatwakan bukti video adalah tak sah,besi katanya.Kalau dia ambil tindakn terhadap Mustafa sperti memecat dari jawatan PAs sudah tentu perkara sama keatas Anuar boleh diambil.Kes yang sama.jika dia menolak Anuar bermakana pecah lah Pakatan...ini juga bermana hari depan yang gelap untuk PAS..Pendapat saya berharga seposen(Shah Alam)
BalasPadam