BREAKING NEWS

LEMBAH PANTAI AKAN JADI MACAM LAHAD DATU... - NURUL IZZH


Pekerja PKR cabang Lembah Pantai berhadapan dengan intimidasi dan serangan beberapa minggu lepas termasuk serangan terhadap pekerja wanita oleh Umno, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah hari ini.

Insiden keganasan mencemari kempen politik sejak tahun lepas tetapi Nurul yang juga ahli parlimen Lembah Pantai mendakwa, ianya semakin meningkat menjelang Pilihan Raya 2013 terhadap Pakatan Rakyat (PR).

“Lembah Pantai tidak terkecuali dari situasi tegang berkaitan pilihan raya,” kata Nurul, yang juga anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di pusat khidmatnya di Pantai Dalam di sini.

“Gangguan di Lembah Pantai oleh pesaing dari Umno Lembah Pantai bukan sahaja tindakan jenayah tetapi menunjukkan politik yang tidak matang,” tambah beliau.

Beliau juga turut mendakwa bahawa semua itu adalah permainan dari Umno yang mahukan negara ini huru-hara.

"Mereka tahu bahawa rakyat semakin menolak mereka.., sebab itulah mereka cuba menimbulkan ketakutan dikalangan rakyat.."

Anak perempuan Anwar itu merayu supaya pengundi memilih Pakatan demi memastikan negara aman dan tenteram untuk masa depan generasi seterusnya.

4 ulasan :

  1. YB paling bangang dalam sejarah negara ini. Sudahlah Izah...kau kemana selapas PRU12? Haa pi oversea le...berkempen le. Mana ada kau buat keja MP kau kat LP tu.
    Lawak jenaka paling lawak dan biol. Kau tgk le dulu parti kau yg tunggang langgang. Dok kata UMNO sendiri punya parti pun buruk perangai dan busuk didalam.

    BalasPadam
  2. Ini semua Tektik simpati macam bapak dia jugak. Sudah2 lah tu. dah lah satu keluarga nak rebut jawatandlm Parti, tapi masing2 tak buat apa2 selain menuduh UMNO saja yg salah Dan membuat Fitnah serta dosa kering. Pesan kat org tua kau tu suroh dia BERTAUBAT sebelum terlambat.....

    BalasPadam
  3. Betul betul..bertaubatlah..dh senja..

    BalasPadam
  4. Lahat Datu pun tak pegi nak samakan temberang bolehlah.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online