BREAKING NEWS

[UPDATE] EKSLUSIF!!! SURAT ANAK DR MAZLAN ISMAIL KEPADA ANWAR IBRAHIM..


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!

Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.

Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...

Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?

Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.

Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.

Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. 


Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan




p/s : Kepada penyokong Anwar yang meroyan minta bukti kenapa Anwar perlu ditolak, sila baca link dibawah ye....

Ni link blog kenapa kami tolak Anwar Ibrahim dan kenapa anda juga perlu tolak. Bukti turut disertakan. Khatam dulu baru balun aku dalam komen di bawah.

1. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html

2. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbeza http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/pluralisma-agama.html

3. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga sahaja dan lain2 http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/liberalisme-agama_27.html

4. Menerima anjuran program homoseksual sebagai salah satu perkara freedom of expression http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/membela-kaum-luth.html

5. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/mengiktiraf-negara-haram-israel.html

6. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam negara atas nama freedom of religion. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/menerima-murtad-sebagai-konsep-dalam.html

7. Membela Salman Rushdie penulis buku yang menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/terima-salman-rushdie-hina-islam-dalam.html

8. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara yang diharamkan dalam Islam. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/merayakan-upacara-agama-lain.html

9. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi sehingga ke hari ini. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/kasihanilah-anwar-yang-teraniaya.html

10. Penutup. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/penutup.html

140 ulasan :

  1. Syabas adik Ahmad Uzair . teruskan perjuangan bersama2 bapa anda . kami pegundi tahu , yang mana bathil , yang mana haq.

    BalasPadam
  2. memang umat Islam tolak manusia bernama anwar ibrahim...x perlu ada walau sekelumit simpati pada manusia ini

    BalasPadam
  3. PARTI BEBAS boleh kan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes bebas berzina macam stopa ali.....

      Padam
    2. Bebas tak gah.....

      Padam
    3. Dr Mazlan betul memilih parti BN utk bertanding. Insyallah BN akn menang besar n Dr Mazlan blh bw fresh ideas dlm versi Islamic dan jika ianya bagus blh di transform keseluruh negara. Jika dia calun bebas dia akan stand alone. Dia perlu back up utk terjemahkn wawasan dia. PAS parti yg baik satu ketika dulu ttp kini dah byk tersasul dari landasan. Ada jugak pemimpin PR mempunyai jatidiri yg baik. Ttp tdk cukup kuat bila berdepan dgn raksaksa DAP. Mereka ni sebenarnya masuk salah parti. Itu yg sy nampak.

      Padam
  4. secara am nya, rakyat malaysia, anak anak muda dahaga kan ilmu agama, dahagakan pembangunan, sejujurnya saya anak anak muda zaman moden dahagakan tunjuk ajar dan ilmu agama..

    BalasPadam
  5. Anuar Ibrahim Ialah Ajen Yahudi(anak dajjal.
    Yusof Khadrawi yang Anuar Ibrahim Sanjung Sangat-sangat Tu Pun Ajen Yahudi. (anak dajjal dan dia asal orang yahudi) dan Yusof Khadrawi Memang Fasih Berbahasa Israel. dan Mudah Untuk Dia Menerima Arahan Daripada Israel.
    Jika Anuar Ibrahim Menang, Hancur Keamanan Untuk Orang Islam Di Malaysia.
    Malaysia Akan Jadi Huru Hara. dan Malaysia Lah Negara Aman Yang Terakhir Untuk Yahudi Nak Huru Hara Kan dan Nak Dihancurkan. Anuar Ibrahim Akan Membawa Masuk Ajen-ajen Yahudi. Bodoh Yang Amat La Kepada Penyokong Anuar Ibrahim.Bila Semua dah Jadi Huru Hara, Maka ALLAH Akan Laknat Manusia Di Malaysia Ni. Mungkin Kiamat!!!

    Fikir-fikirkan lah kata-kata ini.
    Jangan Menyesal Kemudian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahai saudara/i, pagi2 dah start nak memfitnah, saudara/i kenal rapatkah dgn Yusof Khardawi sampai sanggup memfitnah begitu? tolonglah jgn biar kerana mulut, badan binasa di akhirat kelak!

      Padam
  6. kalu SPR bg semua staff TM ngundi, kami 22 ribu org staf akan sokong DR Mazlam..Insya-Allah...

    BalasPadam
  7. terbaikkk! so dgn bertanding bwh tiket BN, akan menjamin aqidah umat islam terjaga ke? pelik jugak

    mungkin alang2 menyeluk pekasam, biaq sampai ke pangkal lengan kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ini BN memerintah Aqidah kita tak betul ke? Tapi kalau Anwar jadi PM, mungkin....awatlah hang benda sempoi cam tu pun blur....!

      Padam
    2. Awat bertanding atas tiket pr tu aqidah trjamin ke? Style cakap tak guna otak mcm tu la tmbah2 geng pulak dgn dap abes malaysia ni dikristian kan minta simpang semua tu

      Padam
  8. Bebas..? Macam seks bebas amalan parti hampa..?

    BalasPadam
  9. Kami sentiasa sokong anda di Pematang Pauh...

    BalasPadam
  10. walaupun berjela2 surat ni..tp aku masih x faham tujuan menentang DSAI...ideologi pelik & bercanggah dgn syarak? xfahamlaa..sb xdiceritakan dgn jelas..tolong jelaskan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni org kelasi tingi2 je yhp aham kita golongan marhain ni ngaga je la.. prjelaskn dgn bahasa yg mudah d fahami...

      Padam
    2. stuju....ni laa yang dinamakan politik menyerang peribadi. Dah tadak isu nak diketengah untuk mengalahkan calon...lantas trus serang peribadi. Cakap bercanggah dengan syarak maksudnya dia menidakkan Yusof Qardhawi? hmmmm....ada yang lebih ulamak dari ulamak rupanya. Kalau tak setuju dengan ideologi orang lain, ketengahkan lah ideologi anda. knapa perlu menyerang peribadi? Dah semua media dikawal.....masih tak yakin menang lagi? ha haa...kalut nak kalah laa tu,

      Padam
    3. Klu peribadi anwar lbh baik dpd peribadi aku nie...layaklah anwar tu disanjung.....
      Dahlah meliwat sampai kluar video...china doll...bunuh 10 wira negara...teruk sgtlah....
      Belum lagi gadai agama...siallah org yg sanjung anwar nie....

      Padam
  11. ye la..selama ni aqidah umat islam ok je. cuma selepas pru12 je bermacam2 jenis bahana pasal agama berlaku. dgn LGBT la, liwat la, kalimah Allah dlm bibe la, pencegah murtad dipecat la..sape buat semua tu? puak2 Perosak Rakyat kan?

    BalasPadam
  12. apsal x boleh plak..ustaz2 dan ulama2 pun byk masuk atau menyokong umno/bn..secara x langsung boleh menerapkan nilai2 Islamik. x berkurangnye Islam atau iman seseorang tu kalau die meninggalkan PAS..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berparti pun aku boleh belajar agama dgn ulama2 zuhud di malaysia nie....
      Perlukah ulama berparti utk menegakkan agama????

      Tahniah dr mazlan krn berani menentang para munafikun....

      Padam
  13. sian ngn doktor mazlan...ilmu tinggi tp pemerhatian amat cetek...
    sekadar membezakan ummulmukminin jaga aurat ngn terdedah aurat pun xdpt nk nmpk?? alahaiii...
    kata jgn menyerang peribadi...tp, alasan tu cukup peribadi...
    hehehe...ke...xfhm bahasa melayu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana lagi dosa besar berzina ke bukak aurat?......take beer....

      Padam
    2. Kesian dgn ko....ulamak lacur agama pun ko tak berani tegur...apatah lagi peliwat jantan dan peliwat agama mcm anwar....berani ko tarbiyah???!??

      Padam
  14. Pkr utamakan judi siber di selangor.banyak anak melayu terpengaruh dgn judi siber. 5 thn selangor di perintah oleh pkr banyak kedai judi di buka .lebih 1000 ledai judi siber di selangor.anda boleh datang sendiri lihat bertapa banyak nya kedai judi siber .

    BalasPadam
    Balasan
    1. membohong....aku dok kat selangor....tadak pon. Menipu biar bertempat. kemukakan bukti yer saudara. Fitnah tu sama dengan dosa membunuh.

      Padam
    2. kalo dah totok pas tu minum todi pun kata minum air zam-zam......haktuih

      Padam
    3. Rumah urut tumbuh mcm cendawan....teruk betul selangor krn mb nyer lemah....

      Padam
  15. Assalam....seronok menulis dan boleh tulis mcm mcm on surface...tolonglah explain ape ideologi DSAI yang bercanggah dari akidah tu....saya pun perlu tahu...cuma tak pernah pula dengar DSAI keluar statement tolak hudud mcm DSNTR....nak menyelamatkan umat islam di malaysia? cube terangkan mcm mane? mcm mane nak selamatkan kalau join party yang tak nampak nak utamakan islam..saya nampak tulisan admin lebih bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan ramai kpd DSAI dan end objective sudah pasti PR akan tersungkur walau admin beria benar menyatakan tujuan hanya utk mengekang DSAI dan selamatkan akidah umat dan tiada kena mengena dgn PAS dll...dan sambil cube mengambil hati PAS...org boleh baca apa tujuan adminlah...tapi cubelah convince saya dengan fakta yang jelas ye....mane tahu saya boleh ubah jika mendapat maklumat dan bukti yang mantap...bukan sekadar tulis on surface ye admin....

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.. akirnya da ramai tahu.. dah rmai buat research psl agenda2 songsang ni.. kita (rakyat) mahukan keamanan, mahukan negara islam yg menitikberatkan agama dan keseimbangan harmoni pelbagai agama lain.. hanya yg betul dlm KHILAFAH.. sbb tu sy sgt2 setuju jika PAS kembali ke UMNO dan UBAH UMNO dri dalam.. bkn dri luar menggunakan kuasa luar (YAHUDI).. sbb yg sy tgk.. vid2 yg byk dapat smbutan ble buat ceramah atau perhimpunan adalah dri sahabat seIslamku PAS.. bkn PKR lgi2 bkn DAP.. marilah sma2 kta UBAH dri dalam.. YA ALlah, permudahkanlah utk kami (saudara seIslam) dlm Malaysia kembali bersatu.. menjaga martabat n kesucian agama-MU. mejaga kedaulatan negara dan ketuanan MELAYU ISLAM. Aminn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara. Kita betulkan dari dalam. Saya juga turut mendoakan semoga perkara ini dapat berlaku suatu hari nanti. Lebih cepat lagi baik. Gembiranya kalau umat Islam dapat bersatu.

      Padam
    2. Setuju..merge UMNO n PAS.. Islam n melayu akn kuat. Kita blh saling tegur menegur...cuma maafla. I think some pemimpin dlm PAS perlu tukar sbb mcm dah off limit. Ni ikhas... Kita nak tgk gabungan yg segar dn dinamik.

      Padam
  17. Pkr-tolak ,cubaan bwa fhmn pluralisme & kbolehpercayaan isu moral yg mragukan .Pas -tolak ,kr mkafirkn org lain dan bsubahat/bpakat dg pdokong fhmn pluralisme bawaan pmimpin pkr dan sedia bkompromi pgunaan klimah bawaan Dap.

    Sumber fitnah la ttg hutang bbillion tu..benda yg kita x fhm usah lyn.Jk skalipun kjaan utang itu urasan kjaan dia mlangsaikan, tak pyh nk pening kpala mcm utang pribadi kita pulak.Pgurusan ekonomi Msia diiktiraf sbg ant yg tbaik.

    Kmenangan kali ini ialah utk agama, bangsa dan negara & mgikis budaya tohmahan, fitnah dsb

    BalasPadam
  18. salute u Uzair,hanya org2 yang dibukakan hijab utk berfikir dpt menilai DSAI yg licik(mulut).hanya pemimpin n penyokong yang Assabiyah thdp individu/parti gagal melihat secara analitik dan terbuka.teruskan perjuangan Dr.Mazlan,Allah ada bersama anda,dan Uzair n family,

    BalasPadam
  19. TAHNIAH DR MAZLAN N UZAIR,ALLAHUAKBAR

    BalasPadam
  20. kesian mereka ini...terpaksa lawan haaa

    BalasPadam
  21. @Tanpa Namaooo patutla hassan ali kena pecat sb dia tegas menentang kemungkaran di selangor, n d gantikan dgn org pkr yg bkn dr penentang kemungkaran...inila agenda dia org.

    BalasPadam
  22. Ayoh penyokong pas n bn, bergabung utk tumbangkn anuar di pp, sekiranya mahu TUAN GURU HADI jadi pm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. But b4 that, pas kena keluar dr pr la.

      Padam
    2. Dik...blh ke Hadi Awang jadi PM. Kita kena realistik. Menteri kanan n incharge hal ehwal Islam sgt cantik. Dia blh terjermahkn byk perkara dari sudut Islamic kpd pucuk pimipinan.

      Padam
  23. @3mirzas dr atas sampai bwh,sy mencari juga sebab2 yg kukuh tu...tp hanya ayat yg diulang2...boleh cuba nyatakan dgn jelas ideologi yg mcm mana? sy bersifat neutral...so jgn nak mempolitikkan pertanyaan sy....sb nk tahu juga apa sebab2 menentang anwar ni..kalau ada penerangan yg lebih jelas tntg ideologi tu kn lebih bagus...barulah boleh faham keseluruhan ceritanya...
    terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah jer.....dulu aku tipu ko...aku liwat dan zina ko....
      Masih ker ko terima aku?????

      Padam
  24. semua ni poyo je..aku masih x faham apa sebab perlu sokong pimpinan UMNO yg korup..ubah je la..klu PR x bagus memerintah..tukar lagi..apa susah..adei..takut sgt..terlalu lama duduk dlm zon selesa cmni la jadinya..adoiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam hang tukat baju hang, spender hang? Dasar Bongoks

      Padam
    2. Aku sanggup undi pr tapi dgn syarat ubah semua pemimpin pr......
      Jgn ada peliwat...penzina...pelacur agama...perasuah...dalang lanun....penipu....janji kosong...penfitnah...perusuh...

      Padam
  25. Aku sangat suka tgk wajah dr Mazlan. Tenang rasanya tetapi aku rasa dr Mazlan akan dikalahkan. Mungkin dapat mengurangkan majoriti dgn byk tetapi lawannya akan tetap menang. Bersiaplah dari sekarang utk perkara terburuk yg mgkn berlaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menang kalah adat bertanding.....adakah anwar bersedia menerima kekalahan....?????
      Klu dia tak jadi peliwat...penzina...perasuah dan bapak lanun sulu....mgkin dia boleh menang besar....

      Padam
  26. Allahhuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Alhamdulillah betapa suci dan murni pengorbanan yang dilakukan oleh Dr.Mazlan untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia. Marilah kita beramai-ramai berdoa untuk menjayakan niat & usaha Dr. Mazlan ini. Sekaligus, menghindari dari tergolong dalam umat yang berdosa...Amin

    BalasPadam
  27. orang tanya pasai akhidah..hang faham tak teantang aidah? TAuhid.

    Anak Mazlan melalut cerita tang amalan LGBT estc, tapi bab akidah tu tak clear.

    So, apa kesalahan akidah politik Anwar Ibrahim.


    Satu lagi, bila anak melabelkan bapak sebagai penyelamat akidah, di musim pilihanraya, sebagai penentang Anwar, melaluipilihanraya, aku rasa, itu anak sedang syiok sendiri. Lebih kurang perasan bapak hebat. Lawak tahap gaban.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus sangat ker akhlak pelacur agama mcm anwar????
      Islam nak disamaratakan...murtad dibolehkan..kalimah Allah dipersendakan...lhbt jadi pegangan...yahudi zionis disyafaatkan....
      Blm lagi salam butuh jantan gay dan menindih china doll.....
      Sokong la ko sorang.....

      Bekas ahli pkr kota

      Padam
  28. maaf penulis nie tulis apa..eekkkk kosong la bro...tadak apa..asyik dok ulang bapak dia berkorban kena maki hamun...baru berapa hari...dia kena maki...dah rasa..teruk dah..kena, yg DSAI dah bebelas tahun..kena ..tapi masih..kuat utk bergabung menegakkan kebenaran..rasuah sana sini..apa cer? nak banding dgn DSAI..selamat mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku antara reformis 98 yg teguh di belakang anwar....tak ada yg berani berhujah ttg pemecatan anwar dpd umno secara terbuka....
      Tapi itu cerita lama....sekarang aku akan undi bn....
      Klu aku nak cerita hal anwar...nanti korang kata aku buat fitnah....
      Baik korang tanya sendiri dgn kawan2 akrab anwar sendiri kenapa mrk tinggal anwar......

      Bekas ahli pkr kota-x Reformis 98

      Padam
  29. Semoga dr mazlan menang di permatang pauh...ya allah kau jauhkan segala yg xbaik..dan semoga melayu am nya islam bersatu hendaknya amin...

    BalasPadam
  30. Semoga dr mazlan menang di permatang pauh...ya allah kau jauhkan segala yg xbaik..dan semoga melayu am nya islam bersatu hendaknya amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dr mazlan menang...anak dr mazlan dh terang dng jelas apa yg pelik...tp hairan kenapa ada org yg xfaham lg...

      Padam
  31. maaf penulis nie tulis apa..eekkkk kosong la bro...tadak apa..asyik dok ulang bapak dia berkorban kena maki hamun...baru berapa hari...dia kena maki...dah rasa..teruk dah..kena, yg DSAI dah bebelas tahun..kena ..tapi masih..kuat utk bergabung menegakkan kebenaran..rasuah sana sini..apa cer? nak banding dgn DSAI..selamat mencuba.

    BalasPadam
  32. Semoga dr mazlan menang di permatang pauh...ya allah kau jauhkan segala yg xbaik..dan semoga melayu am nya islam bersatu hendaknya amin...

    BalasPadam
  33. tulis panjang2...isi kat mne xnmpk pon....akidah yg bercanggah...??cube jelsk akidah yg bercanggah tu secare detail..baru lah org boleh wat penilaian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg budak tu pun faham awat yg hg tak faham...ni mesti cikgu mengajaq dia bangkang cikgu.

      Padam
  34. laaa,abih tu mna idelogi peliknya???,..mula smp abih xdak...

    BalasPadam
  35. Hebat tulisan nie..cuma sy kurang faham apa maksud ideologi yg merosakkan aqidah yg dibawa oleh anwar tu..boleh tolong kupas detail sikit..kalau tak ia menjadi fitnah .. mcm mana nak undi kalau kita sendiri terkeliru.. tolong jelaskan sikit lagi yer..nak bg lebih paham...

    BalasPadam
  36. aku xfham!!!! tang mne dia duk cite akidah anwar xbetul?? apa yg xbetul? kesian

    BalasPadam
  37. ko mengarut pasal yahudi bende ko..ilmu xcukup lagi mahu sembang pasal yusuf qadrawi..

    BalasPadam
  38. terbaik Dr.Mazlan !!! Allah huakbar !!

    BalasPadam
  39. @Tanpa Nama

    Alhamdulillah..masih terjaga..
    ibu ayah saya tidak pernah salah dalam mendidik saya.. dan mereka pengundi kerajaan sedia ada.mungkin aqidah keluarga encik/cik agak goyah..tidak perlu salahkan kerajaan yang ada.. iman dan akal ,kita yang control.. Nabi telah meninggalkan kita dengan AlQuran dan sunnah..terpulang kepada individu untuk menggunakan nya. sebagai umat nya keluarga mengajar kami untuk menggunakan segala panduan yang ada . bukan kami Anti PAS...tapi lebih kepada aqidah seorangg yang akan diangkat menjadi pemimpin kami..Anwar ibrahim..beliau telah banyak di calit dengan banyak cerita buruk walau pun org mengatakan cerita buruk itu di reka oleh pihak UMNO,saya berpendapat.. beliau perlu menjunjung AlQuran..bersumpah bahawa dia tidak melakukannya..kenapa takut.bila DSNR tak nak berdebat,dikata DSNR penakut..apabila cik/en cakap soal aqidah..lebih baik kita mendidik keluarga dengan aqidah yang baik..tak pelu kata alang2 rbt pekasam biar smpai ke pangkal lengan.. dia anak dr.mazlan..apa yang dia buat sebab dia rasa bertanggungjawab..dan dia bangga dengan ayh dia.. ayah dia dah cukup kaya walaupun tak menjadi calon..dan keluarga dia terbela..kalAu kehidupan cik yang memerlukan panduan dan sunnah DSAI,teruskanlah mengundi beliau..tidak perlu melalak apabila ada segolongan masyarakat yang menolak DSAI..kami hanya perlukan panduan AlQuran dan sunnah nabi muhammad sahaja.. terima kasih..

    BalasPadam
  40. salute dgn usaha saudara untuk menulis..but i dont get the points..the main point..pls give examples of ideologi pelik n bercanggahnya tu..n may be next time bole menulis with strong facts n justification instead of repeating the same thing.

    BalasPadam
  41. Ayah anda tak hilang deposit pun dah kira lega/untung dah... satu catatan yg kosong... hanya ulang Telekom Malaysia, bapa nak sekat fahaman/ideologi anwar lah... tak mengurangkan belanja yg keluar dari poket rakyat pun... merapu memanjang, tak ada pun laporan audit negara ka, laporan bank negara ka, haaa inilah pemikiran melayu, bercakap tanpa fakta... Senang cerita macam nie lah, sedikit soalan yg bermain di fikiran rakyat bila masuk jadi calon BN 1)Berapa BN bayar utk jadi calon walaupun dah pasti kalah???? 2)Berapa projek boleh dapat, tu pun kalau menang???? 3)Apa jawatan dlm UMNO boleh dapat bila jadi calon???

    Yg ada dlm fikiran UMNO/BN sekarang BLUE3, DUIT3, FITNAH3 (fitnah maksudnya tanpa fakta, takat video blue tu faham2lah dah otak blue)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari awal hingga habis, tiada isi yg ingin disampaikan.

      Padam
  42. UMNO adalah parti yg hidup dengan duit Loteri kebajikan UMNO sejak tahun 1951 di mana mantan mufti P.Pinang pd masa itu adalah Hj Abdullah Fahim datuk kepada Bekas PM Abdullah Ahmad Badawi menfatwakan loterit ersebut adalah duit judi dan haram hukumnya tetapi tidak ada apa-apa tidakan oleh UMNO selepas itu untuk menghapuskannya.Pd tahun 1962 PM Malaysia pertama merasmikan kilang arak terbesar di Malaysia. Judi juga mula di peerkenalkan apabila Genting Highland diwujudkan melalui kelulusan PM dari UMNO.Pendek kata pelbagai jenis kemungkaran adalah dr warisan pemimpin UMNO. Bertahun2 DSAI difitnah dan dimalukan kerana mereka takut akan krisma dan Aura DSAI semata-mata mereka takut hilang kuasa. Kenapa takut hilang kuasa kerana segala penyelewangan akan dapat dibongkar dan mereka pastinya akan didakwa. Inilah perkara yg mereka paling takut. Jadi tidakkah menyokong UMNO itu jg mewarisi kemungkaran dan dosa yg akan akan dapat sahamnya juga diakhirat?

    BalasPadam
  43. Hujah anda menolak Anwar Ibrahim tak jelas. Saya masih belum yakin dengan hujah anda. Anda hanya menyatakan fahaman dia pelik dan bercanggah dengan agama. Kalau boleh saudara nak berhujah, nyatakan secara spesifik apa yang bercanggah? Nyatakan nas serta dalil. Kalau dengan surat saudara seperti yang di atas, saudaa tak mampu yakinkan saya dan orang lain untuk mengundi Dr Mazlan dan jatuhkan Anwar Ibrahim.

    BalasPadam
  44. Hujah anda menolak Anwar Ibrahim tak jelas. Saya masih belum yakin dengan hujah anda. Anda hanya menyatakan fahaman dia pelik dan bercanggah dengan agama. Kalau boleh saudara nak berhujah, nyatakan secara spesifik apa yang bercanggah? Nyatakan nas serta dalil. Kalau dengan surat saudara seperti yang di atas, saudaa tak mampu yakinkan saya dan orang lain untuk mengundi Dr Mazlan dan jatuhkan Anwar Ibrahim.

    BalasPadam
  45. Syabas..baik di mana sekali pun kita di muka bumi ini..ingat mengingati antara satu sama lain kearah kebaikan memang dituntut oleh ajaran agama Islam kita..

    BalasPadam
  46. BN akan menang di Permatang Pauh. In sya Allah..

    BalasPadam
  47. blog ni x siarkan link blog yg dimaksudkan akidah pelik bung nuar tu...

    pi baca kat sini ada disertakan sekali link2 blog yg dia suruh khatam tu sebelum hangpa nak balun dia..

    http://miazarraannur.blogspot.com/2013/04/pru13-apabila-anak-dr-mazlan.html

    BalasPadam
  48. @Tanpa Nama

    pi baca kat sini..
    http://miazarraannur.blogspot.com/2013/04/pru13-apabila-anak-dr-mazlan.html

    BalasPadam
  49. Selamat maju jaya samoga ALLAH memberi kemenangan buat kita semua Amim

    BalasPadam
  50. @Tanpa Nama

    link blog yg dia maksudkan..
    http://miazarraannur.blogspot.com/2013/04/pru13-apabila-anak-dr-mazlan.html

    baca..

    BalasPadam
  51. @alidon's

    pi baca sini link blog yg dia maksudkan bro...
    http://miazarraannur.blogspot.com/2013/04/pru13-apabila-anak-dr-mazlan.html

    BalasPadam
  52. @Tanpa Nama

    pi baca link blog yg dia suruh hangpa baca sebelum balun dia..

    http://miazarraannur.blogspot.com/2013/04/pru13-apabila-anak-dr-mazlan.html

    BalasPadam
  53. elok lah tu,

    selamat mengenali hati budi penganut PAS dan PKR.

    BalasPadam
  54. Sebagai penyokong PAS tentu kita lebih suka DS Hj Hadi jadi PM daripada Anwar yang telah rosak moralnya itu. Kan lebih baik kita undi sahaja Dr Mazlan. Kalau Anwar tewas, DS Hj Hadi jadi PM. Itu pun kalau dia menang di kawasannya.

    BalasPadam
  55. kau klik ini link

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=602383553106519&set=a.583350008343207.1073741828.583261398352068&type=1

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum.
    tulisan diatas belum complete.kalau nak bc yg complete beserta bukti
    sila ke
    http://www.facebook.com/notes/ahmad-uzair-mazlan/salam-perjuangan/569494146416550

    BalasPadam
  57. i dont deny your words.u have a good point.but before you posted your words to public,make sure to be more matured.u're posting about politics and about the nation thingy,its a big topic i tell u mannn.saya umur 20 tahun xlayak ngundi pn lagi menyampah baca bahasa rendah that u used in your writing.bahasa 'kot kot' kat belakang tu bagi budak budak sekolah je la guna,hang xyah.buat spoil mood je baca.

    BalasPadam
  58. syabas uzair dan Dr Mazlan.Moga Allah beri kekuatan pada kalian.

    BalasPadam
  59. @Tanpa Nama


    http://www.facebook.com/notes/ahmad-uzair-mazlan/salam-perjuangan/569494146416550

    BalasPadam
  60. Bos MPP

    Dari link mane ni?

    Tq
    [Ingin Tahu]

    BalasPadam
  61. @Tanpa Nama


    http://www.facebook.com/notes/ahmad-uzair-mazlan/salam-perjuangan/569494146416550

    nah...sila bukak link yg disertakan pd notestersebu t.

    BalasPadam
  62. @alidon's

    ni tulisan penuh berserta bukti. mohon baca.

    https://www.facebook.com/notes/ahmad-uzair-mazlan/salam-perjuangan/569494146416550

    BalasPadam
  63. @Tanpa Nama

    artikel penuh berserta bukti daripada anak DR Mazlan

    BalasPadam
  64. anda baca maksud surah alqalam ayat 8,9,10 sampai habis lagi baik.dan carilah lagi isi quran tentang qazaf.lain kali baca quran dgn memhami isinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Qazaf??????
      Adik ko berzina dgn anwar(nama samaran) mengandung anak haram....
      Tak ada 4 org saksi....pelaku mati2 tak nak mengaku...adik ko pulak dah bersumpah dia dibuntinkan oleh anwar.....
      Yg ada adalah aksi video besi mrk....
      Nak guna qazaf jugak ker?

      Padam
  65. yg jelas lepas PR pegang taman2 syurga mewangilah...terutama kat selangor...masa BN pegang...sure hebohlah...ntah apa2 yang mengajak ke neraka.malah majlis2 ilmu di sekat...kami bukan gila kuasa cuma nak ambik kuasa dari orang gila.

    BalasPadam
  66. tahniah uzair.. u did what u need to do .. org lain yg dok kutuk u pun .. kalau pak depa bertanding .. depa akan defend gak pak depa tu .. normal laa .. anyway uzair, dont worry .. i support yr father .. i believe in him .. and will pray for his success.. insya Allah .. :)

    BalasPadam
  67. Uzair.. mereka yg bcakap bukan pun dpt tarbiyyah direct dari pimpinan PAS.. usrah dan tamrin.. baiah.pada pimpinan.. mereka belum lagi kenal org yg bnama anwar ibrahim..knapa BN? Pas bsama anwar didalam PR dan bebas tak xcukup impact tundukkan anwar dan perpecahan undi akan berlaku lalu merugikan.memerangi fahaman dsai tggjawab kita malah BN tak pernah kafirkan pas.. mereka masih bersolat dan beriman kepada Allah mengikut ahlul sunnah...teruskan perjuangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlpun aku bukan org pas tapi aku sgt hormat tg nik aziz....terlalu zuhud di mata....
      Sejak dia pikul bewak gay...makin hina dan sial hidup ulamak pas bernama n.ajis.....

      Padam
  68. Kepada penyokong pakatan rakyat tak payahlah masuk blog ini.hampa ikutlah dgn cara hampa.apa apa penjelasan pun hampa tak mau dengar.bacala apa yang hampa nak percaya.di Yaumilmahshar bukan boleh bawa 10 loyar.sendiri kubur sendiri jawab

    BalasPadam
  69. @alidon's

    wei.hg baca betui2..hg tgk semua link yg dia bagi.memang dr mazlan banyak berkorban.org yg taktau ja bodoh.

    BalasPadam
  70. @Tanpa Nama


    sila baca btui3..kat bawah byk gila link dia bg

    BalasPadam
  71. salam anakanda kepada dr Mazlan, buat lah apa yang patut saya dan keluarga sokong tindakkan anda sekeluarga. Kami orang Alma sokong anda. Kita tau lah mana nak pangkah. Don't khuatir

    BalasPadam
  72. Apakah perjanjian DRMazlan dengan Talikom dan kerajaan jika dia kalah didalam PRU13 Nanti?Adakah beliau akan terus berkerja dengan Talikom dan dilantik jadi CEO baru?

    BalasPadam
  73. puak2 PR dok tanya pulak.. apa masalah akidah anwar yg kononnya .. tak berapa jelas di dlm surat uzair.. padahal dah terang lagi bersuluh.. ismail mina, dr sidek baba, yusri .. bekas2 ABIM telah pun menerangkan akidah anwar dan salah-laku anwar .. dan berita2 tu pun telah tersebar luas di dalam laman-laman blog .. takkan tak baca kut... tau mai nak hentam saja .. kesian uzair.. kalau tu tak cukup .. baru2 ni dr chandra buat kenyataan keluar sebab salah laku anwar .. bukan isu akidah tp isu moral ... takkan tak cukup lagi .. fitnah gak ka ? sedangkan individu2 itu mempunyai kredibiliti .. dan integriti serta berilmiah ...

    semoga berjaya dr mazlan !! amin.

    BalasPadam
  74. Salam,terimakasih adik uzair, berjuanglah bersama ayah Dr Mazlan demi agama dan bangsa walaupun perit, kuatkan semangat dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan insyallah Allah akan sentiasa bersama kamu. Perjuangan bagi menyedarkan rakyat dan penduduk Permatang Pauh bahawa DSAI bukanlah DSAI yg dulu,beliau sekarang telah membawa ideologi yg boleh memesongkan aqidah umat islam di Malaysia sekiranya menjadi Perdana Menteri (sila rujuk ucapannya di luar negara serta komprominya berkenaan islam dgn ugama lain dll lagi yg boleh dijadikan rujukan) kami umat islam (silent majority) akan sentiasa mendoakan kejayaan Dr Mazlan demi menegakkan kebenaran dan melawan pemesongan aqidah.insyallah.

    BalasPadam
  75. Pesan seorang Dr PAS dulu (Dr jugak):
    "Kita tidak kurang tukang angguk
    kita tidak kurang tukang geleng.
    Tapi kita kurang
    orang yang nak membuat
    apa yang sudah diangguk,
    orang yang mencegah
    apa yang sudah digeleng."

    Allahyarham Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad atau 'Zulkifli Muhamad' adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Bachok, Kelantan pada 1959-1964.

    BalasPadam
  76. YA BETUL..INI KALILAH PERMATANG PAUH UNTUK BN!!! INSYAALLAH

    BalasPadam
  77. Semoga Allah akan memberi kemenangan kepada dr Mazlan....amin

    BalasPadam

  78. Kalau kita lihat kebelakang masa anwar masih dlm tahanan lagi telah ada refomasi jalanan menyebabkan huru hara,sata sbg peniaga mengalami kemerosotan ekonomi tak kala ianya berlaku.sebelum itu kami peniaga2 aman mencari nafkah. skrg kami akan berasa gundah gulana apabila ada berita nak diadakan refomasi jalanan spt BERSIH 1.0-2.0-3.0.byk harta benda kami yg musnah dikerjakan oleh BERSIH yg amat kotor dan jijik. habis premis kami jadi sasaran. saya berpihak sbg peniaga2 yg cari mkn utk tanggung anak bini. kalau nk buat apa2 pergi lah buat jauh2, jgn ganggu kami cari mkn.drp menyusahkan rakyat lebih baik tak payah ada parti. PARTI MENYUSAHKAN RAKYAT.

    BalasPadam
  79. Semoga beroleh kejayaan dan dikuatkan iman Dr Mazlan dlm menempuh segala cabaran "Challenge"

    BalasPadam
  80. Allahuakbar semoga Allah memberi kemenangan pada Dr.Mazlan lagipun ini kalilah Anu war (Parti Kecewa Rakyat)tumbang. Allahuakbar!!!

    BalasPadam
  81. Assalamualaikum......akidah umat islam dah lama menjunam bawah kerajaan sebelumnya...kalau Dr. Mazlan menang....

    jgn lupa berjuang untuk menasihati pemimpin BN ttg akhlak dalam islam juga....itu lebih besar cabarannya dr mengeluarkan keburukan pihak lawan....Ulama2 dlm kerajaan sendiri tdk berani bersuara utk menasihati pemimpin....tapi lantang menasihati pihak lawan..... so cabaran besarnya adalah mengubah ideologi pemimpin2 didalam parti yg sama....

    Itu ujian buat Dr. Mazlan..... semoga berjaya....

    BalasPadam
  82. Hello Parang,

    Jgn menuduh org berzina sekiranya tidak mendapat bukti yang soheh dan benar. Tuduhan ini adalah salah satu dosa yang besar dan lebih besar dari dosa membunuh, sebagai org islam yg tahu hukum hakam seharusnya sifat-sifat sebegini dijauhi kerana sifat sedemikian adalah sifat2 syaitan dan wajip dijauhi.

    BalasPadam
  83. "Kuman seberang sungai nampak, gajah depan mata tak nampak......siapapun parti tu...keadaan sy lihat demikian....kata dirinya benar, orang lain salah......

    BalasPadam
  84. alahai anuar menentang yusuf Qardhawi ke...xpercaya aku...cer tgok utube ni...

    http://www.youtube.com/watch?v=OxMZ8kwcslE&feature=share

    BalasPadam
  85. Saya masih tidak jelas dan perlukan penjelasan, saya rasa banyak pandangan yang dikemukakan tidak mempunyai kupasan yg jelas dan sekirannya saya melakukan pencarian maklumat di internet sebagai perbandingan masih banyak yg tidak tepat dan hanya pandagan peribadi penulis sahaja dan berdasarkan ideolg serta pandangan sendiri sehaja

    T.M

    BalasPadam
  86. Dulu..sebelum Anuar Ibrahim ada dlm Keadilan..mana ada timbul isu khalimah Allah, Murtad,seks ..mcm2 lg la...mmg la benda ni berlaku tak kira apa pun .... tapi puak2 kafir ni tak berani nak bersuara terang2...siapa yg nk murtad pun senyap2.....tapi sekurang2 nya takda lah undang2 tu boleh diluluskan..masih boleh diselamatkan lg. tapi dgn adanya anuar dan sekutu...semua berani.....sampai Khapal Sighn pun berani ckap kat TV3 dia tak setuju iktiraf negara islam dan hudud.....fuh dasyat dan berani sungguh diorang ni..tu blum memerintah lg tu....sdgkan mereka tahu MAlaysia mmg negara islam..dan ada raja...yallah semoga kami semua dirahmati oleh mu....sy tak pandai berpolitik ..tp ini yg jelas nampak dimata sy ......

    BalasPadam
  87. @caridamai dihati hang dok nampak salah org...org dok citer psai agama yg ang dok p melalut ape haiii bro

    BalasPadam
  88. Pendapat ini ada logiknya. kerana Qatar yang menjadi tempat tinggal Yusuf al Qardawhi itu memmpunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Fikir2...

    BalasPadam
  89. Amin........semoga lagi banyak ajaran sesat keluar dari mulut nik ajik

    BalasPadam
  90. cakap macam orang gila kuasa bapa hang yang gila kuasa..hang pun sama la....

    BalasPadam
  91. @3mirzas
    dia dh bg link kat bawah tu baca la...apa yg di katakan pelik n ideologi di bawa anwar tu...jgn jd bengap sangat.

    BalasPadam
  92. apabila komen si kanyak kanyak umno yang tak tau apa dan berlagak bagai ilmuawan,,sama macam penulisan si anak Mazlan ni,,depa saja yang betoi,,

    BalasPadam
  93. PAS dan BN undi dr mazlan. Anwar jatuh terduduk. Boleh juga Tok guru Hadi jadi PM

    BalasPadam
  94. Assalamualaikuam, saya cuma ingin berlepas diri
    orangpagoh.blogspot.com

    BalasPadam
  95. Politik murahan anak kepada seekor cicak mengkarung bagi menghadapi si naga yang gagah. Si cicak mengakarung pernah kecewa sebelum ini. Jadi isu peribadilah modal yang terbaik bagi menghadapi pertempuran ini.

    BalasPadam
  96. insyaallah dr mazlan akan menang ..kali ini saya akan bagi undi saya buat dr mazlan dan bn..by by anuar dan pkr..

    BalasPadam
  97. jangan menghina orang begitu sekali..awak tidak kenal, tidak tahu aktiviti anwar ibrahim yang lebih hina dari rosmah yang tidak pakai tudung sudahlah..anakmuda sekarang kuat retorik tidak lihat, tidak tahu duduk perkara sebenar.jangan hanya jadi ikut-ikutan saje..

    BalasPadam
  98. @Tanpa Namaapa la bongoknye ko ni..semua lesentu dikeluarkan masa zaman penjajah bn lg..pr selangor tak pernah keluarkan satu pun lesen tu..kan dah ada fakta..bukan auta bongok...

    BalasPadam
  99. Org kalau dah masuk politik mmg begini le caranya....lbh2 lg dgn umno ni...asyik fitnah dan kondem org je

    BalasPadam
  100. Allah yg maha mengetahui yg tersirat dan tersembunyi. Aku berdoa siapa yang benar dialah yg menang.

    BalasPadam
  101. @Tanpa Nama

    errr... ada bukti tak lesen2 rumah urut tu dikeluarkan oleh kerajaan BN? fakta... bukti.... mana?

    BalasPadam
  102. Assalam...
    Jauh panggang dari api ..nak banding bapak hang dgn DSAI.
    Setakat bapak hang turun jawatan dah bagus ke ...
    Pemimpin yg bagus adalah pemimpin yg diuji dalam hidupnya dan terus berjuang walau dihina ...
    DSAI memang terbaik...pelik pada yg tak menyokang dia..
    Harap engkau orang solat hajat tuk hidayah dan cari ilmu betul2 dengan fakta ...

    DSAI tu pelapor je tuk keadilan ...tapi bukan kerana dia ..kita sokong ...kalau bapak hang memang bagus jadi pemimpin kami pun sokong ...ini belum kena uji berat dah goyang ...

    Fikirlah...

    Satu lagi ..
    Nak jadi pemimpim nie ...bukan senang...
    tapi akhir zaman nie ...semua nak jadi pemimpim...

    Wassalam

    BalasPadam
  103. Ramai dok tak paham ideologi apa yg sesat or pelik pada DSAI. Dok tanya ulang ulang. Penulis dah bagi few links n siap soh pi rujuk ustaz, hampa dah pi baca ka blom link tu.

    BalasPadam
  104. Saya malu dgn politik melayu ni.. Tolong buka minda. Kalau nak lawan anuar dan konon lebih islam dari para ulamak nape guna tiket BN Umno???

    BalasPadam
  105. Aku tK perlukan hujah...hAnya petunjuk Allah..selepas buat solat hajat n istikarah 2 malam lepas.

    Aku undi bn...lepas tak sengaja tengok video klia dinobatkan jadi airport ke8 terbaik dunia n 1st asia in service.
    Aku tau hanpa tK paham...tapi klia...........is Che det.

    BalasPadam
  106. Taniah kepada pakhang Dr Mazlan tu, taniah kerana berani tapi tak kena tempat.Keputusan pun dah dapat DSAI masih lagi dipilih oleh rakyat kat Permatang Pauh. Elok hang pi Tanya pakhang tu, adakah cara yang dibuat tu betul ka tidak? La ni ada satu jawatan yang sesuai kat dia iaitu Doktor Langau sebab dia pun suka sebut tong taik tu... Bila kita ligan dunia maka kita akan dapat dunia ...hingga kita lupa tempat sebenar yang patut kita tuju.

    BalasPadam
  107. Anwar ibrahim dajjal malaysia

    BalasPadam
  108. @Tanpa Namackp ubah senang lah....kalo di gubal pelembagaan kau nak kata ape..mat idup kt malaysia nie dah cukup aman dh..ape yg ko xpuas ati lg.. nak kerajaan tu bg je ape ko nak mcm tu ke..fikir lah masa depan anak ko akan dtg..jgn lah keruhkan keadaan yg dah keruh nie...kite org melayu xkan lah ko sanggup melayu jadi hamba kt negara sendiri..nauzubillah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online