BREAKING NEWS

JOHOR CONFIRM AKAN JADI MILIK PAKATAN.. - SALAHUDDIN AYUB


Lonjakan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina terus meningkat kepada 85 peratus apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang mengumumkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.

"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.

Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Tanda-tanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang tidak lama lagi telah ada.

"Kita lihat bagaimana Perdana Menteri masih belum lagi dianugerahkan dengan keberanian untuk bubar parlimen, malah Perdana Menteri juga sanggup memalukan dirinya apabila membiarkan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin turut menjelaskan prestasi Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan BN.

11 ulasan :

  1. Pak din hang ni mimpi ka?sblm tido ada basuh kaki tk?

    BalasPadam
  2. teruskan mimpi indah awak tu din pudu ek

    BalasPadam
  3. Patut juak nama kitak SALAHuddin. Salah kira ktk ya.... Org Sarawak penyokong kuat BN. Apa sumbangan ktk d swk tok. Padahngan kmk....

    BalasPadam
  4. tak sabar nak pru ke?
    apa pendapat kalau TunM n Daim masuk?

    http://wubra.blogspot.com/2013/03/panas-tunm-tun-daim-bertanding-pru13.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju...tp sebenarnya ramai lg tokoh2 lama yg berkaliber,saya rasa biarlah mereka ini kekal sebagai penasihat kpd kerajaan dan bergerak bebas di blkg tabir.

      Padam
  5. pada 2008, penyokong2 Tun M protes..

    kini Tun M pun turut sama berkempen untuk Najib..

    PR jangan mimpi laa..

    BalasPadam
  6. alalala kesian kt macai pakatan haram nih! xpyh nk spin la. PRU-13 nanti berkubur la PR tuh! xdk rakyat nk mngundi PR kecuali golongan manusia BANGSAT sahaja hehe

    BalasPadam
  7. JANGAN MIMPI NAK DAPATKAN JOHOR.....KELANTAN PUN BELUM TENTU SELAMAT BUAT PAS, RAKYAT DAH SEDAR DAN BUKA BIJI MATA MELIHAT KETOLOLAN PAS DAN PAKATAN. KALAU SETAKAT CERAMAH PAKATAN DIHADIRI CIPUT-CIPUT MANUSIA TAK PAYAH LAH NAK BERANGAN LAH....KALAU NAK TAHU NABI PAS @ NIK AZIZ ALAIHISALAM PUN BELUM TENTU SELAMAT DI TEMPAT DIA...AKU TAHU LA AKU ORANG KELATE...KALAU TAK PERCAYA PERGILAH TENGOK CERMAH-CERAMAH PAS SAMBUTAN NYA BAGAIMANA....DAH NAK MAMPUS DAH PAS.yang ikhlas ABE MUD KB.

    BalasPadam
  8. SELEPAS DISINGKIR DARI KUBANG KERIAN, KELANTAN, DIN PUDURAYA NI NAK CUBA NASIB DI JOHOR PULA...KONON DIA MASIH ADA VALUE GAMAKNYA.....PI LAH TAK USAH DOK PERASAN ORANG MELAYU DAH LAMA TOLAK KAU DAN PAS...KALAU NAK MENANG TOLONGLAH PERGI GUBA NASIB KAWASAN CINA...MANA TAU UNTUNG SABUT TIMBUL....TAPI AKU RASA DIN PUDU NI HILANG WANG PERTARUHAN NANTI.......TU ADALAH PASTI DAN CONFIRM DIA AKAN HILANG SEGALANYA.......

    BalasPadam
  9. 2008 bn hampir kalah sebab tun m. Keluar umno kerana tak sebulu dgn pk lah. Pr akan kalah teruk pd pru13 kali ini sebab tun m. dh blik ke pangkuan umno.. Bn akan rampas balik kedah dan slangor.. Penang susah skt

    BalasPadam
  10. aku setuju ngn ko.penyokong tun m ramai.mereka akan kmbali mnyokong bn pd pru13 ni.perlu diingat kemenangan pakatan rakyat pd pru12 bukan sbb diorang kuat tp sbb penyokong mahathir kecewa ngn pak lah.mereka protes dgn kertas undi.pakatan rakyat sedar diorang akan kali teruk kali ni sebab tu guna isu spr x adil.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online