BREAKING NEWS

HOT!! NAJIB PENJENAYAH PERANG.. PENGIKUT KIRAM III DEMO DEPAN KEDUTAAN.


Sekumpulan pendemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Filipina hari ini menggesa supaya DS Najib Razak ditangkap dan dihukum sebagai penjenayah perang berikutan kejadian pencerobohan di Sabah.

Kumpulan pendemonstrasi tersebut juga bertempur dengan anggota Polis yang berkawal di keliling bangunan Kedutaan terbabit sebelum cat merah dilemparkan ke dinding bangunan.

Kumpulan yang dipercayai diupah oleh pihak-pihak tertentu itu juga mendesak agar kerajaan Filipina menutup Kedutaan Malaysia serta mengusir Duta kita dari negara itu.

Ketua kumpulan pendemonstrasi tersebut, Rasti Delizo juga memberikan amaran kepada Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan pembunuhan tak berperikemanusiaan terhadap pengganas Sulu di Sabah.

"Kami menuntut agar pihak kerajaan Malaysia supaya segera mendengar arahan kami.. Najib Razak diberi amaran supaya menghentikan pertumpahan darah di Sabah atau akan dianggap sebagai penjenayah perang yang paling utama di Asia Tenggara.." kata Delizo.




3 ulasan :

  1. Wujud lagi lanun-lanun bodoh kat Filipina tu. Ada hati nak bagi warning kat Malaysia pulak tu. Tok sah dilayan lanun-lanun Misuari, Nuar Berahi dan Karam III tu. Biaq pi mereka meroyan kat tengah jalan Makati tu. Tak dak orang ambik peduli pun....

    BalasPadam
  2. ko yang menyelinap masuk negara orang, pikul senjata. bunuh wira2 kami... nak salahkam kami???..
    patut kami yang buat demo kat depan kedutaan korang kat sini... ni korang terhegeh2 pulak buat demo kat kedutaan kami disana... sape yang suruh??? dah pasti kuncu2 nya sos tiram...

    BalasPadam
  3. Boleh,hantar semua rakyat Filipina balik ke negaranya.. dan sekat semua ekonomi..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online