BREAKING NEWS

HOT LAHAD DATU!!! KIRAM III DIANCAM BUNUH OLEH "SKUAD PEMBUNUH ASING".


Media Filipina, Inquirer News mendedahkan bahawa satu skuad pembunuh asing dikatakan telah tiba di negara Manila bertujuan untuk membunuh Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan penasihat Pastor beliau "Boy" Saycon. Berita tersebut disampaikan sendiri oleh jurucakap kesultanan Kiram III iaitu Abraham Idjirani.

Dalam temubual bersama media tempatan, Idjirani turut mendedahkan bahawa "kolonel tentera asing" tiba dengan empat "komando" dan mengupah tiga pembunuh tempatan untuk membunuh Kiram dan pengikut-pengikutnya.

Idjirani dilaporkan telah mendesak Biro Siasatan Negara, Polis Kebangsaan Filipina dan Angkatan Tentera Filipina untuk menyiasat maklumat yang beliau berikan. Idjirani turut mendedahkan bahawa 'pasukan pembunuh asing' itu menginap di Hotel Maxim di Pasay City.

Idjirani yang juga seorang peguam berkata, kononnya beliau didatangi oleh orang asing tersebut dan memberitahu Saycon tentang agenda pembunuhan itu.

Sebelum ini, media Filipina gempar dengan pendedahan seorang kanak-kanak lelaki dikawasan rumah Kiram III yang mendakwa dia didekati oleh seorang lelaki yang dipercayai komando Malaysia.

Lelaki misteri tersebut telah menyerahkan sekeping syiling 50 sen kepada kanak-kanak tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. ~ MPP News.

1 ulasan :

  1. Bodoh punya Idjarani. Kamu ingat hired killer tu akan heboh satu dunia kalau dia nak bunuh orang. Kalau nak bohong tu berbohong lah betul2. Belajar dari drama queen Nuar Berahi....Idiot!!!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online