BREAKING NEWS

ANWAR JANJI JAGA KEDAULATAN NEGARA KALAU JADI PM.


Tempoh masa lama yang diambil kerajaan untuk menangani serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tunjuk bukti kepimpinan BN gagal selesaikan krisis itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Katanya, pencerobohan itu yang berlarutan hingga lebih tiga minggu tanpa tindakan serius oleh pemerintah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan hari ini.

“Ini bukan kegagalan pasukan polis atau ATM (Angkatan Tentera Malaysia), tetapi kepimpinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Beliau berkata, perkara ini berlaku ekoran kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan.

“Kenapa kerajaan perlu tunggu hingga 23 hari baru tindakan diambil. Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan?

“Sedangkan kedaulatan telah digugat dan lapan anggota keselamatan terkorban,” tegasnya.

Kata Anwar, kedaulatan dan maruah negara dijamin jika Pakatan Rakyat mentadbir negara.

“Bila situasi seperti itu berlaku, polis dan tentera perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas. Saya rasa ia tiada di sana.

“Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan benarkan negara kita tidak diceroboh, demi kedaulatan dan maruah negara,” kata Anwar.

Sebelum ini perisik Filipina mendedahkan bahawa Pakatan pembangkang di negara ini yang diketuai oleh Anwar terlibat dalam pencerobohan terbabit.

Anwar bagaimanapun langsung tak menafikan dakwaan perisikan tersebut sebaliknya hanya mampu mengugut untuk menyaman akhbar yang menyiarkan pendedahan itu.

11 ulasan :

  1. Kalau dlm 2 hari habis sulu tu dibunuh dikata kerajaan zalim.tak da toleransi.kejam.
    Di bagi tempoh.dibagi masa berunding dikata
    pulak kerajaan lemah...
    Heeyyy, bencinya aku tengok muka dia ni!!

    BalasPadam
  2. Info saudara aq dr kem sandakan. Kem tgh kena serang penganas dulu, tentera kita sedang bertahan.... minta dikonfemkan....

    BalasPadam
  3. Ana kalau DS Najib berzanji, ana fercaya 100% sebab ana syudah dafat afa yang veliau zanji. Tafi kalau Anu arr...zanji, ana tak fercaya 100% sebab zanji tak ferlu ditefati malah diliwati.

    BalasPadam
  4. kenyataan anwar “Ini bukan kegagalan pasukan polis atau ATM (Angkatan Tentera Malaysia), tetapi kepimpinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

    PM tiada kuasa beri arahan kpd tentera atm. menteri pertahanan juga tiada kuasa beri arahan pada atm. hanya YD Agong boleh mengarah kan atm bertindak. atm berkhidmat untuk Agong dan negara, bukan berkhidmat untuk PM.

    anwar kata kegalalan dr pemimpin, pemimpin yg dimaksud kan itu siapa? Agong atau PM?

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah keadaan di Sandakan baik sahaja. Setakat ini belum ada insiden yg tidak diingini berlaku, cuma a few days ago ada budak2 kampung area Batu 3 sini bermain mercun dan terpanggillah pihak keselamatan ke tmpt kejadian kerana bimbang ada kes tembak menembak. So far so good and mudah2an tiada apa2 yg tidak baik berlaku

    BalasPadam
  6. anwar oh anwar.....ini peperangan gerila la.....dia ingat ini seperti peperangan dengan chinadoll ka?

    BalasPadam
  7. JANJI LAGI??? BERAPA BANYAK JANJI DAAAAA....

    BalasPadam
  8. Nuar Berahi nak jaga kedaulatan negara...hahaha...tote bengkok tu??...kahkahkah. Woi pengkhianat, hang boleh tolong jangan buat joke bodoh boleh tak. Hang tunggulah PRU13 ni. Aku nak tengok hang dan keluarga lahanat hang tu nak pi serbu embassy mana.....bangkai punya maanusia.

    BalasPadam
  9. Dah apa nak jadi dengan manusia Anwar Ibrahim ni....

    Ya Allah, kalau manusia Anwar Ibrahim ni dah tak guna lagi hidup di bumi kamu yang fana ini, maka aku mohon engkau ambiklah dia balik supaya bumi yang bertuah ni kembali aman dan tenteram. Amin, Ya-Rabbal-Aalaminn.

    BalasPadam
  10. Go to hell, Anwar. Muka you dah semakin lama sebijik macam muka Salman Rushdie. Hanya orang yang buta hati, tarak otak sahaja yang akan mengangkat seorang peliwat tegar dan penzina pelacor/ bini orang untuk jadi PM sebuah negara Islam.There are so many things that are completely wrong with you. Your supporters tak nampak tapi kami nampak dengan terang dan jelas, Alhamdulillah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online