Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam tadi.
Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah.
Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
"Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu.
Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini.
"Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar.
Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah.
ko anwar, di besarkan pun dalam keamanan kebaikan UMNO, cuma bila dah di tendang dari UMNO ko memburuk buruk kan UMNO, ko ke MCKK pun kerana ko anak orang UMNO, bukan kerana ko layak sangat,..cuma nak tanya, apa kaitan lagu " tanya sama pokok versi ko tu yang ko nyanyi beramai ramai sebelum sabah di ceroboh,.. jangan nak burukkan UMNO kalau mak bapak ko dulu hidup dgn UMNO..CUKUP CUKUP LAH MENUDUH,,,RAKYAT SEDAR DAH BANYAK APA KO KATA TAK BENAR...MASALAH TECHNIKAL JE KALAU NAK HANGAT HANGAT PASAL UMNO TU... MACAM KES KO SEMUA SEBAB TECHNICAL ERROR.......
BalasPadamhai BABA, nak tumbangkn UMNO pon ko sanggup jual negara? sanggup jual kalimah ALLAH? sanggup setuju LGBT? ko ni biar btol..
BalasPadamx cukup mkn ubat nyamuk kerr?
pendendam dan memang ada masalah jatidiri..
BalasPadamDia cakap tu sebab dia tau, bila siasatan terperinci dilakukan maka konfem dia akan kantoi. Jadi dengan mengeluarkan kata-kata tu dia berharap bila dia akhirnya ditangkap rakyat akan terus salahkan kerajaan dan berkemungkinan merusuh untuk membela dia.
BalasPadamhttp://mycybertrooper.net.ms/
Kasihan anuar,,, selagi boleh kilas, kilaslah. Sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Tunggu saat dan ketikanya sahaja..
BalasPadamJadi pembangkang bukan nak jual negara. Pembangkang lah yg banyak menyelamatkan negara. Kalu x de PR pemrtintah akan buat sesuka hati mereka. Ini pun dah tetlalu bnyak skandal kalu x de PR lagi teruk
BalasPadamanon 12:11..
BalasPadamkesian kan Anwar tak habis2 kena gasak je...bukan ke Bang Non tu pemimpin suci anugerah tohan..??
anwar AL JUBURI @ rAJA lIWAT @ pAK SAMAN AKHIRNYA TERASA PEDAs lepas makan cili...!!! ini manusia paling durjana pernah dilahirkan di bumi Malaysia..ksian pengikut nya yang x sedar...!!!
BalasPadam