BREAKING NEWS

UNDI BN UNTUK PERTAHANKAN ISLAM.. - NAJIB

"Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," kata DS Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Sementara itu, perdana menteri menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. - Bernama

7 ulasan :

  1. Salam Bai,

    Saya penuh yakin Bai;sejak dulu lagi saya telah mengharamkan parti PAS ini kerana puncanya keluar dari Jemaah Arus Perdana iaitu UMNO. Lihatlah sekarang,kedengaran suara-suara yang MENGHARAMKAN PARTI PAS INI.

    Saya tidak hairanlah apa yang disebut oleh sahabat kita Zulkifli Nordin tu kerana kelompok PAS ini bersamaan dengan apa yang Nabi s.a.w. sebut dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhary dan Muslim.

    Nabi s.a.w. tidak berkata dengan nafsunya,apa yang diperkatakan oleh Nabi s.a.w. pada hakikatnya adalah WAHYU ILAAHI.


    Sila baca link saya ini:

    http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/06/apakah-kelompok-ini-saperti-yang-di.html

    BalasPadam
  2. wah, top rankng blog

    BalasPadam
  3. Ingat, sejarah perpecahan umat islam dimulakan oleh puak Khawarij. PAS jelas mewarisi sifat ini.

    BalasPadam
  4. PAS itu satu kecelakaan pada perpaduan umat ISLAM. hanya melayu BANGSAT dan kafir harbi sahaja yg bersama Parti Ajaran Syaitan

    BalasPadam
  5. Dan pertahankan sekali kroni kroni lembu yg rembat duit rakyat...he..he..

    BalasPadam
  6. hahaha...anon 10:09 nih pon cakap ikut nafsu je....

    BalasPadam
  7. Anon, ye la ladang depu, ladang rakyat, lebuharaya, tabung memali, tabung kutipan setiap kali ceramah, dan banyak lagi. Ish bagus nya kerajaan negeri ambo. Projek batu nesan yg banyak

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online