BREAKING NEWS

PERGI MAMPOSLAH DENGAN KETUANAN MELAYU.. - NIZAR JAMALUDIN

Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.

Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.

"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.

"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.

Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'.

Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.

Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.

"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya. - UM

5 ulasan :

  1. antara melayu yang tidak sedar diri...macam mamat gila pasior tu....siapa yang amat benci dengan orang melayu hari ini dan siapa yang menghancurkan orang melayu hari ini??????????paling lahanat sekali.....akan ditanya kepada kamu.....ketika kamu menjabat jawatan menteri besor...apa kamu buat????kamu bersama dengan lilin untuk apa?????????kamu ni islam celaka bagaimana mana agaknya?????????

    BalasPadam
  2. Memang le ketuan melayu tiada dalam Al Quran Nizar bodoh ooiii. Dalam Quran pun tak kata undi PAS masuk syurga Nizar ooii...
    Jangan dicampuradukkan agama dengan politik.Dalam mana2 negara pun bangsa menjadi kebangaan sesuatu kaum. Saya tak nampak pun kezaliman berlaku dinegara kita ni. Semua kaum hidup aman damai sehinggalah DAP Lim Kit Siang menghasut hingga terjadi peristiwa 13 Mei 1969.Dan sekarang Nizar sendiri dan yang sewaktu dengannya telah meracuni pulak fikiran rakyat agar tercetus lg peristiwa yang sama. Masyarakat berbilang kaum dinegara ini hidup aman damai dan penuh toleransi....apakah itu yang menggangui Nizar?
    Nizar kalau rasa dizalimi cari le negara lain yang tak akan menzalimi kamu.Bangsa melayu tetap menjadi kebanggaan aku kerana aku orang melayu...kau tu bukan melayu pun Nizar

    BalasPadam
  3. kalau kita tak jaga bangsa kita siapa lagi? semua bangsa dlm dunia ni jaga dan majukan bangsa masing2. Jangan jadi bodoh sombong laaa lahanat

    BalasPadam
  4. Tetapi allah melaknat penjubo dan ulama yang sentiasa menggalakan pergaduhan ummah seperti pas dan pkr buat

    BalasPadam
  5. Letih dah nak layan...pi la mabukk...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online